اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Powered By Blogger

Monday, October 22, 2012

AGAMA dan Ketawa






Ketawa adalah suatu kelebihan pada manusia. Binatang tidak mempunyai kelebihan ini kerana ketawa itu hasilnya daripada pemahaman terhadap sesuatu lawak atau pernyataan.

Islam dengan sifatnya agama fitrah tidak akan menyanggahi tabiat manusia yang menyukai ketawa dan riang.
Ikutan kita iaitu Rasulullah s.a.w., walaupun baginda mempunyai banyak pekerjaan dan masalah namun baginda tetap bergurau bersama sahabat tetapi dengan perkara yang benar sahaja.

Zaid bin Thabit berkata apabila dipinta menceritakan hal keadaan Rasulullah : “ Aku adalah jiran Rasulullah. Apabila datang wahyu, baginda memanggilku untuk menulis wahyu tersebut. Apabila kami bercerita mengenai hal keduniaan, baginda akan bersama-sama kami. Begitu juga apabila berbincang mengenai akhirat atau makanan, baginda akan bersama-sama kami.”

Zaid berkata : “ Itulah yang aku dapat perkatakan tentang Rasulullah s.a.w. ”
Di rumah baginda bergurau senda dan bermesra dengan isteri-isteri baginda. Baginda mendengar cerita-cerita mereka sepertimana ayng disebutkan di dalam Hadis Ummu Zar’ie yang masyhur dalam sahih bukhari.

 Rasulullah juga pernah berlumba lari dengan Aisyah r.a pada suatu ketika dan Aishah memenanginya. Selepas beberapa ketika, baginda sekali lagi berlumba dengannya dan baginda pula yang memenanginya. Lalu baginda berkata : “ Katakanlah ini sebagai balasan kemenangan kamu dulu “.

Rasulullah qudwah yang sangat baik dalam berkeluarga dan semua aspek. Rasulullah pandai memenangi hati isterinya Saidatina Aishah r.a.

Rasulullah juga sangat kasih kepada anak-anak kecil sepertimana diriwayatkan bahawa baginda telah merangkak agar kedua cucunya Hassan dan Husain (r.a) dapat menaiki belakang baginda dan bermain-main di atasnya tanpa rasa radang ataupun marah. Salah seorang sahabat telah datang bertemu baginda ketika itu dan menyaksikan peristiwa tersebut lalu berkata : “ Sebaik-baik tunggangan iailah tunggangan kamu berdua. “ Lalu baginda bersabda : “ Sebaik-baik penunggang ialah mereka berdua”.

Alangkah indahnya akhlak Nabi s.a.w. dalam mendidik anak-anak dan bermain-main dengan mereka. Menunjukkan pada kita ada masa nabi sangat serius menjalankan tugas dan pada masa yang sama nabi juga bergurau dengan keluarga Baginda s.a.w.

Bersambung………..

Sumber rujukan  Dr.Yusof Al-Qardhawi, Fatwa Masa Kini, Jilid 7&8, PUSTAKA SALAM SDN.BHD, 1995.

0 kata2 @ ucapan. syukran:


Powered By Blogger
Powered by Blogger.