اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Selamat Datang ke Blog ini....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.".

Pray For Syria

"Doa senjata Mukmin....".

Astaghfirullah....

Ya Allah Ampunkan Dosa Kami...........

Say NO to COUPLE...

JAGA KALAM. Jangan Menghina ULAMA

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati.

Powered By Blogger

Saturday, August 31, 2013

YB ku seorang Ulama.....

KENALI PRESIDEN PAS

Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang,Terengganu. Dilahirkan bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan. Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persada politik tanah air mahupun antarabangsa.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di kampung Rusila tempat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.

Tuan Guru Hi.Abdul Hadi telah mendirikan rumahtangga dengan Zainab Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat berasal Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua.
 

PENDIDIKAN

YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Rendah Rusila, tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dii peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

YB. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu.


PENGLIBATAN DALAM P0LITIK TEMPATAN

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi melibatkan diri dalam arena politik sejak 1964 sewaktu masih menuntut lagi. Beliau pernah menjadi Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga tahun 1969. Selepas balik dari luar negara tahun 1976, beliau telah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu, kemudian pada 1977 menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Tahun 1983 dilantik menjadi Naib Presiden PAS. Apabila Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor dilantik menjadi Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS.
Berikutan Ustaz Fadzil kembali ke rahmatullah, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003. Beliau menjadi Presiden PAS hingga sekarang selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mula bertanding pada pilihanraya 1978, di Dun Marang tetapi beliau kalah dengan kekurangan 64 undi sahaja kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zahid. Bagaimanapun pada pilihan raya 1982 beliau dapat mengalahkan Tengku Zahid dengan majoriti 320 undi. Pada tahun 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang (nama baru DUN Marang selepas persempadanan semula) tetapi kalah di Parlimen Marang dengan majoriti yang tipis. Beliau kemudiannya berjaya memenangi Parlimen Marang pada pilihan raya 1990, 1995 dan 1999 disamping mengekalkan DUN Rhu Rendang hingga sekarang.
Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November, 1999, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac,2004 disamping menjadi Ahli Parlimen sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004.


PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Pada tahun 1994, YB. Tuanguru Hj. Abdul Hadi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul , Turki. Menjadi AJK penyelaras gabungan parti-parti politik yang menangani isu Pa1estin berpusat di Amman , Jordan . Tahun 1990, menjadi, Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran , Iran . Beliau juga menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada tahun 1990 dalam usaha untuk menyelesaikan krisis Telok. Rombongan ini berbincang dengan Setiausaha Agung PBB ketika itu, Butros-Butros Ghali.


KEGIATAN LUAR

Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang ADUN, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.
Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas rasminya di DUN dan Parlimen. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan ilmu kepada rakyat.
 
Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat, pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.
Semuanya ini menjadi hobi Tuanguru sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Gelaran Yang Berhormat tidak sedikitpun menjejaskan imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi.
 
Pendek kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini.
Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang,Terengganu. Dilahirkan bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan. Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persada politik tanah air mahupun antarabangsa.

Prof. Dr. Necmettin (Najmuddin) Erbakan


Necmettin (Najmuddin) Erbakan, seorang pemimpin gerakan Islam politik di Turki dan mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia. Erbakan, 85 tahun, meninggal di Hospital Ankara Guven pada Ahad (27/2). Nama Erbakan tidak asing dalam gelanggang gerakan Islam. Beliau pernah menerajui gerakan Islam di Turki dengan membawa banyak pembaharuan dan ijtihad yang baharu.
Pemergian beliau dirasai seluruh gerakan Islam di dunia terutamanya di Turki. Jika kita lihat Erdogan seorang yang lantang, berani serta berstrategi, perlu diketahui bahawa Erbakan adalah sifunya.
Namun mungkin ada kalangan kita yang belum mengenali beliau secara lanjut. Di sini saya cuba kongsikan sedikit latar belakang kepada sosok yang berjasa besar kepada revolusi kebangkitan rakyat yang berlaku di Timur Tengah hari ini.

Siapa Dia Erbakan?


Prof Dr Najmuddin (Necmettin) Erbakan dilahirkan pada 29 Oktober 1926 bersamaan 22 Rabi`ul Awwal 1345H di bandar Sinop berdekatan dengan Laut Hitam, berasal dari keluarga yang cintakan Islam.

Pada tahun 1948 beliau belajar di peringkat pengajian tinggi di Universiti Istanbul di Fakulti Kejuruteraan sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan doktor falsafah di Aachen, Fachhochschule Aachen (University of Applied Sciences Aachen, Germany)dalam bidang Termodynamic dan Atom.

Pada peringkat remaja, beliau cenderung kepada aspek keagamaan. Beliau membabitkan diri dalam aliran 'Tareqat Naqsyabandiah' pimpinan Syeikh Muhammad Zaheed Kotko yang menyokong Gerakan an-Nursiah (nisbah kepada Badi`uzzaman Sa`id an -Nursi) membantu Perti 'Nizam al-Watani' iaitu sebuah parti politik pertama di Turki yang berhaluan Islam secara menyeluruh.

Setelah menamatkan pengajian dalam Fakulti Kejuruteraan, beliau menceburi bidang politik. Beliau bertanding dan menang dalam piihanraya di Bandar Quwineh atas tiket Parti 'Nizam al-Watani' dan menjadi ahli parlimen termuda ketika itu. Namun, beliau terpaksa menubuhkan parti baru berteraskan Islam setelah dihalang berpolitik menerusi kerajaan campuran kerana menentang keras konsep sekularisme.

Tahun 1971, Parti 'Nizam al-Watani' telah diharamkan. Sembilan bulan selepas itu Dr Necmettin menubuhkan Parti as-Salamat dan bergabung dengan Parti Rakyat Turki, menang pilihanraya tahun 1973 sekaligus membentuk kerajaan campuran. Beliau menjawat jawatan Naib Perdana Menteri dan memegang jawatan Menteri di tujuh kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Keadilan, Perdagangan, Kastam, Pertanian, Perindustrian dan Pemakanan.

Tetapi ianya hanya bertahan selama tujuh bulan kerana digulingkan oleh pihak tentera yang kuat berpegang dengan amalan sekularisme.

Pada tahun 1977, Dr Necmettin yang mendapat sokongan anggota pimpinannya bergabung dengan Parti Gerakan dan Parti Keadilan yang menang pilihanraya serta membentuk kerajaan campuran buat kali ketiga. Tetapi beliau diarahkan meninggalkan parti dan penglibatan politik oleh pihak tentera yang dapat menghidu kecenderungan beliau kepada Islam. Beliau telah dipenjarakan bersama 33 yang lain pada tahun 1981 selama 4 tahun. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan Parti Refah setelah pulang dari ibadat umrah.

Parti Refah bergerak di tengah medan masyarakat sekular Turki dengan mewajahkan sebagai gerakan cakna rakyat dan kebajikan. Ini adalah kerana perlembagaan Turki yang melarang sebarang bentuk aktiviti politik Islam dan politik langsung tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Parti Refah sentiasa dintip dan diawasi oleh pihak tentera, ditekan dengan mehnah dan tribulasi. Namun Refah tetap menunjukkan akhlaq yang baik dalam berpolitik, menyantuhi anak-anak yatim, ibu tunggal, mengadakan kelas-kelas al-Quran, perkhidmatan kesihatan percuma dan sebagainya. Ini dengan pantas menarik minat anak-anak muda yang cintakan Islam setelah melihat sistem sekular gagal dalam memberi kebahagiaan dan memusnahkan sendi-sendi aqidah umat Islam.



Selama 10 tahun dalam parti ini, sekali lagi beliau bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 1996, Parti Refah menang besar dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan iaitu pada tahun 1997 kerana digulingkan oleh tentera yang memang membenci terhadap Islam.

Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan berbagai-bagai pertuduhan, manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun. Tetapi beliau dibebaskan memandangkan usianya yang telah tua dan dipantau segala aktivitinya oleh pihak tentera.

Walau bagaimanapun, beliau mendapat pengampunan Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilam dan Pembangunan (AKP) yang sedikit sebanyak mempunyai hubungan dari sudut kecenderungan kepada Islam. (rujuk link http://abuikhwan.blogspot.com/2011/02/najmuddin-erbakan-menelusuri-khilafah.html)


Mencipta Kereta Kebal

Semasa berada di Jerman dari tahun 1954-1956, Erbakan bekerja sebagai jurutera dan saintis. Beliau pernah dilantik sebagai ketua jurutera dalam projek mereka bentuk Kereta Kebal German Leapord 1A. Tahun 1957 beliau pulang ke tanah air dan mendirikan kilang enjin bermotor Deutz. Ia adalah satu kejayaan besar bagi negara dan rakyat Turki kerana berjaya membangunkan industri permotoran bertaraf dunia.
Pada masa yang sama Erbakan turut menjadi pensyarah di Universiti Teknikal Istanbul. Beliau dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang fizik pada tahun 1965. Tahun berikutnya beliau terpilih sebagai Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri (TOB) iaitu sebuah pertubuhan industri yang berpengaruh. Erbakan juga pernah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Bertukar Haluan Demi Nasib Sejagat

Melihat nasib Islam dan umatnya yang berterusan diinjak di tanah air tercinta, Erbakan mengambil keputusan untuk memasuki kancah politik. Cubaan kali dengan bertanding di atas tiket bebas dalam pilihan raya bagi merebut kerusi Parlimen Konya. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan kemenangan yang besar. Dengan itu beliau menjadi anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan Turki.
Pada tahun 1970. Erbakan menjadi pemimpin Milli Selamet Partisi (NSP) atau Parti Penyelamat Nasional. Tahun berikutnya mahkamah mengharamkan parti tersebut dengan tuduhan cuba menimbulkan kesedaran dan kebangkitan agama yang bertentangan dengan dasar sekular negara tersebut.
Undang-undang bobrok Republik Turki yang mengharamkan NSP langsung tidak memadamkan obor perjuangan beliau. Bahkan makin marak menjulang keadilan. Rentetan daripada itu, dengan lebih berani Erbakan menubuhkan parti Islam pertama di Turki iaitu Milli Nizam Partisi (MNP). Sayap Islam terus merebak dan mencapah ke seluruh Turki. Beliau berjaya membuka cawangan parti ke seluruh negara. MNP memdapat sambutan dan dokongan daripada rakyat mahupun media massa dalam negara kerana dasar Islamisasi seperti memperjuangkan akhlak mulia, keadilan sosial dan kebebasan bersuara. Cubaan pertama parti ini pada pilihan raya 1973 berjaya memenangi 49 daripada 450 kerusi yang dipertandingkan.
Erbakan pernah dilantik menjadi menteri dalam kerajan campuran pada tahun 1974 di bawah Bulent Ecevit dari Cumhuriyet Halk Partisi (Parti Republkan Rakyat). Namun kerajaan campuran ini tidak kekal lama. Ia digulingkan tentera pada tahun 1979. Rampasan kuasa dilakukan oleh pihak tentera setelah menyedari dasar sekular Turki kian terancam oleh kerajaan campuran tersebut. Erbakan juga dilarang melibatkan diri dengan politik selama tujuh tahun

Berjaya Menawan Turki

Setelah penarikan balik pengharaman berpolitik oleh pihak tentera, Erbakan meneruskan survival Islam dengan menubuhkan Parti Refah (Parti Kebajikan) pada tahun 1983. Sokongan dan dokongan padu rakyat terhadap Parti Refah terutamanya golongan kelas bawahan kerana parti ini membela mereka. Pada pilihan raya 1995 parti ini menang besar sebanyak 158 kerusi.
Kemenangan besar Parti Refah bersama Dogru Yol Partisi (Parti Haluan Benar) yang mendapat 135 kerusi membolehkan satu kerajaan campuran dibentuk seterusnya Erbakan diberi kepercayaan memegang tampuk Perdana Menteri. Namun, musuh tidak berdiam diri. Tekanan pihak sekular Turki mendesan Erbakan meletak jawatan dan akhirnya Parti Refah diharamkan pada tahun 1998. Walaupun singkat tempoh pemerintahan Erbakan, beliau berjaya melaksanakan beberap dasar-dasar Islam seperti pemakaian menutup aurat di tempat kerja.
Patah tumbuh hilang berganti. Pengharaman Parti Refah bukan penutup perjuangan Erbakan. Seterusnya beliau menubuhkan Parti Fazilet. Parti ini turut menang besar dalam pilihan raya 1999 apabila memenangi 111 kerusi parlimen. Namun, seperti mana nasib parti-parti sebelumnya, Parti Fazilet turut diharamkan pada tahun 2001 atas alasan menghidupkan gerakan anti-sekular.
Seterusnya panji perjuangan mendaulatkan Islam di Turki diserahkan kepada anak didik beliau iaitu Recep Tayyip Erdogan. Benarlah telahan bahawa Islam itu tetap terpelihara dan akan didatangkan ‘rijal’ untuk menjadi penolong agama Allah.
Necmetin Najmullah Erbakan telah melangsaikan hutang perjuangannya dan pergi menghadap Allah dengan senyuman kemenangan. Erbakan telah memulakan perjuangan menjulang nama Allah setingginya serta menyebarluaskan idea faham Islam ke seluruh ceruk muka bumi. Pusaka perjuangan yang takkan lapuk, kitalah pewarisnya!!
Prof Dr Najmuddin (Necmetting) Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki. Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun selepas ditimpa penyakit dalam tempoh yang agak lama.

Saturday, August 24, 2013

Hanya ada 2 : Ulama Baik atau Jahat.....................


Allah berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah ulama .”       (Fathir: 29)



ULAMA PALSU 


Kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu yang berkaitan dengan demokrasi ataupun pemerintahan yang berlegar di keliling kita. Dari satu segi kita dapat mengetahui dan dapat merasakan bahawa manusia di malaysia ini semakin cakna dengan isu yang berlaku di sekeliling mereka.

Facebook adalah satu alternatif yang sangat baik di zaman ini, kerana dengan adanya wasilah ini, orang ramai dapat mengetahui isu2 semasa yang berlaku dengan cepat. Tidak seperti zaman dahulu yang hanya menonton TV3 dan membaca akhbar.

Boleh dikatakan facebook ialah medium dakwah jika digunakan untuk berdakwah dan juga medium penyebar maksiat jika di gunakan ke arah itu. Sepertimana sebilah pisau itu boleh digunakan untuk memotong ayam untuk dijadikan lauk, dan pisau yang sama juga boleh membunuh orang. 1 benda yang sama tetapi penggunaan yang berbeza dan kesan yang berbeza.

Saudaraku sekalian, bukanlah ingin mengatakan hanya perlu berfacebook 24 jam tetapi hanya nak beritahu penting juga mereka2 yang menyampaikan maklumat melalui facebook ini terutamanya dalam memahami atau mengetahui isu-isu semasa di luar dan dalam negara.



Dalam facebook ini ada benda yang baik dan buruk. Kalau kena molek kita boleh buat pahala dalam masa yang sama sebaliknya. Dengan facebook kita dapat mengenali seseorang itu berdasarkan apa yang dipostnya kerana perkara yang di postnya itulah yang dia fikirkan. 

Contohnya : Najib pergi ke masjid untuk mendengar ceramah berkenaan isu Mesir. Setelah habis ceramah itu, Najib pulang ke rumah, dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak seekor kucing yang dilanggar oleh kereta dan kucing itu mati. Najib dengan baik hatinya mengalihkan kucing itu ke tepi jalan dan beliau berlalu dari situ. Tiba di rumah, Najib menceritakan perihal kucing yang dilanggar itu kepada isterinya.

Apa yang ingin disampaikan? Najib pulang ke rumah hanya menceritakan perihal kucing yang dilanggar itu dan melupakan apa yang didengari dalam ceramah isu Mesir selama satu jam di masjid. Jadi? Kucing itu lebih difikirkan Najib dari perkara yang didengarinya di masjid. Jadi itulah dikatakan, apa yang kita rasa penting itulah yang kita cakapkan dan ungkapkan.

Sepertimana satu pepatah ada sebut "  "People don't care how much you know until they know how much you care" yang memberi maksud kepada kita sejauh mana kita belajar tahap MAster ke, PHD ke, orang tak nak ambil tahu pun sehinggalah orang tengok apa yang kita beratkan atau ambil tahu.

Sebab itu pentingnya ulama2 yang dekat dengan orang awam kerana orang awam dapat mengetahui isu sebenar dan pandangan ulama2 itu tentang isu yang berlaku. Dan macam biasa ulama ada 2, ulama baik dan jahat. BUkan ulama sahaja dalam dunia ini yang ada 2, tetapi kita juga ada 2 pilihan iaitu baik atau jahat, zalim atau adil, kaya atau miskin, gemuk ke kurus huhu...........


Imam Syafi’i menyatakan: “Jika datang sebuah perkara yang musykil (rumit) jangan mengajak musyawarah kecuali orang yang terpercaya dan berilmu tentang al Kitab dan Sunnah, ucapan para shahabat, pendapat para ulama’, qiyas dan bahasa Arab.                                           (Jami’ Bayanil ‘Ilm: 2/818 )http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=131:siapa-para-ulama-&catid=72:tokoh&Itemid=176

Jadi lazimkanlah membuka facebook2 ulama2 yang aktif dalam FB untuk mengetahui isu2 yang berlaku. Kita ikut ulama dan ambil pendapat mereka lebih baik daripada baca surat khabar dan tengok tv3 tv1.

Contoh FB orang2 alim yang aktif FB :

1)Dr Asri Zainal Abidin (DR MAZA)
2)Dr Abdul BAsit
3)Dr MAszlee
4)Dr. Khairuddin
5)Ustaz Nasaruddin Tantawi
6)Ustaz Nik Abduh
7)ustaz Abdul malik
8)Ustaz Riduan
9)Ustaz Mohd Nor Hamzah
10).............................dan ramai lagi


ALIM TAPI JAHAT

AKhirnya jangan lah kita mendengar cakap2 ulama jahat. Nak kenal macam mana? Kalau ramai orang2 alim atau baik tak setuju dengan beliau itu antara tandanya. Sebab Umat Islam tak akan berhimpun atau bersepakat dalam perkara2 sesat.

Okey klik link nie LArangan Allah duduk bersama orang jahat - Tg Hadi Awang

Setakat itu jelah.......panjang2kan serabut pulok..haha

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Monday, August 19, 2013

'Legasi' Firaun di MESIR.......


Allah SWT berfirman (Maksudnya) ;

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, dia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An Nisa: 93)


Kita digemparkan dengan pembunuhan di mesir, saban hari titisan darah membasahi bumi anbiya itu. Jika dulu orang mukmin bergembira dan bersyukur dengan kemenangan ikhwanul muslimin di mesir dengan menangnya Sang Presiden Mohamad Mursi, hari ini dunia tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada Sang Presiden itu.

Mohamad Mursi yang menang di dalam pilihanraya lalu, sekarang sudah hilang tanpa sebarang kesan. Oh sang Firaun mesir tidak malu kepada dunia dan tidak berasa sebarang kekesalan yang berlaku. Oh Firaun kamu memang zalim.

Hari ini apabila kita membaca berita di dada dada akhbar kita dapat mengetahui  bahawa dunia sekarang sedang mengutuk tindakan yang dilakukan ke atas rakyat mesir khususnya presidennya. Rampasan kuasa dilakukan oleh orang yang mengaku islam dan mendokong demokrasi sebagai perjuangannya.

Konflik di Mesir bukan lagi isu agama sahaja bahkan ianya melibatkan isu kemanusiaan dan hak demokrasi itu sendiri. Jika di Malaysia kita dilaungkan dan dihujahkan dengan perkataan demokrasi sebagai cara kita melantik pemimpin tetapi hari ini Mesir menunjukkan sebaliknya. Mesir demokrasi tetapi merampas kuasa?

Di kala Mesir di hujani dan di basahi darah, masih lagi ramai yang menyokong tindakan Sang Perampas? Oh ketololan apa ini? Sedangkan orang kafir di eropah ada yang membuat demonstrasi menyuruh sang perampas mengembalikan presiden mesir kepada rakyatnya tetapi masih wujud makhluk alien yang menyokong tindakan sang perampas?

Perumpamaan yang senang kita buat, contoh yang senang dibuat rumah jiran kita dimasuki perompak dan perompak itu menangkap jiran kita dan menyembunyikannya. Kemudian perompak itu tinggal di rumah itu tanpa berasa bersalah tinggal dirumah itu tanpa rasa bersalah. Kita yang mengenali jiran kita dan tahu yang dia ditangkap, kita senyap bahkan mengiktiraf perompak itu sebagai tuan rumah baru?.

Duniaa apa ini? Perompak masuk rumah, isytihar rumah itu rumah dia? adakah ini caranya?

Cara yang betul untuk memiliki rumah itu ialah belilah dari tuan rumah itu. Itu baru betul. Ini andaian yang simple.

Tapi pemikiran inilah dimiliki oleh sebahagian makhluk yang mengiktiraf rampasan kuasa di MEsir.

Jika orang malaysia mempunyai pemikiran ini mari kita fikir sejenak. Jika kita mengiktiraf rampasan kuasa di Mesir itu. Adakah kita suka benda yang sama berlaku di  Malaysia?. BN menang dan DS NAjib jadi Perdana Menteri kemudian  Pembangkang rampas kuasa dan hilangkan Najib ghaibkan Rosmah kemudian Pembangkang ambil alih kuasa sebagai PM? Adakah kita bersetuju dengan perkara ini? Semestinya tidak sebab kita masih lagi mengiktiraf demokrasi sebagai cara untuk melantik pemimpin yang sah. Inilah rampasan yang berlaku di Mesir. Sebab itu isu ini bukanlah hanya isu agama malah ia melebihi isu itu, hak demokrasi di calari dan paling kejam lagi rakyat mesir di bunuh dan di tembak membabi buta.




Rampasan kuasa di Mesir ialah satu kezaliman yang sangat jahat dan siapa yang besekongkol dan menyokong kezaliman itu pastinya mendapat balasan yang sama. Seperti yang selalu kita dengar "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Hud [11:113]





Doa Senjata orang MUKmin

Doa itu senjata orang islam, siapa yang nak kutuk kata kamu hanya berdoa sahaja tak beri kesan apa2 pun.... silakan, tetapi kita sebagai orang islam wajip yakin doa itu senjata orang mukmin. Jangan lupa berdoa.




Wednesday, July 17, 2013

Batal ke Puasa Aku?

RAmadhon Kareem.............

Ramadhon atau kita panggil bulan pose......

Suatu bulan yang mungkin dinantikan oleh kita dan mungkin tidak........oowh

Bulan puasa ini ialah suatu ganjaran atau kita katakan ia hadiah misteri dari Allah s.w.t. kepada hambanya. Betapa beruntungnya kita masih diberikan peluang untuk hidup di bulan ini, mudah2an kita mendapat rahmat dan keampunan di bulan ini bukan setakat kempunan tak makang.

Pelbagai gelaran yang diberikan oleh ustaz2 kite, iaitu bulan tarbiyyah, universiti ramadhon,dan lain2.

Tidak kiralah apa saja gelaran yang diberikan kan. Persoalannya sejauh mana kita mengambil tahu apa itu ramadhan? Puasa itu apa? Adakah setakat bangun sahur,buka puasa, terawih?

Saudara sekalian, kita nak berjaya dalam universiti ramadhan ini. Sepertimana kalau kita nak berjaya dalam UPSR,PMR dan SPM, kita akan mengambil tahu semua yang berkaitan dengan peperiksaan tersebut. Dari segi subjeknya kita kena belajar berapa? Peperiksaannya bile? Tips2 menjawab? APa yang dilarang buat ketika menjawab exam dan sebagainya.

Justeru itu, ramadhan ini sepatutnya diambil berat begitu juga atau lebih lagi. Kerana kita bukan setakat menscorekan 9A atau 10A bahkan kita menghendakkan lebih dari itu iaitu keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. yang Maha Esa.Tiada yang boleh memberikan keredhaan ini kecuali Allah s.w.t.

Buat permulaanya  yang ingin disebutkan disini ialah apa perkara yang membatalkan puasa? SImple....hehe nak batalkan puasa, kita mestilah puasa dulu baru boleh batal puasa...ye dok.....

BETULKAN PEMIKIRAN KITA>>>>

APA HUKUM SOLAT TERAWIH?
APA HUKUM TAZKIRAH@MENUNTUT ILMU AGAMA?

Orang Melayu ramainya bila masuk bulan pose nie, pertama terawih. Terawih jadi seolah2 wajib bagi mereka, sampaikan ada tu solat isya kat rumah seorang diri tapi solat terawih semangat pergi berjemaah. Belajar agama atau dengar tazkirah tak pergi tapi kalau bab terawih orang melayu memang hebat. 

Belajar agama ini ada masa jadi wajib dan ada masa jadi sunat. Bila wajib? Bila kita nie jahil, tak tahu apa2.... BIla orang tanya perkara apa yang membatalkan puasa? Kita kelu nak menjawab. Atau bila diajukan soalan korek hidung tu batal puasa ke? Kita pun terkebil2 nak jawab?. Maknanya yang asas kita tak tahu lagi. Jadi belajar agama menjadi wajip bagi kita untuk perkara2 fardhu sebegini.

JAdi tazkirah semasa terawih atau selepas isya itu amat bermakna kepada orang awam yang jahil agama dan AMat menganggu konsentrasi bagi Orang2 alim atau Mufti...hehe

Dah2 jom kita tengok nape gop hok batalkan pose kita? untuk dijadikan ilmu yang berguna, belajar ni tak rugi sebab kita nak guna dalam kehidupan kita. Bila ada ilmu kita lebih yakin dan seronok untuk beramal.

1) Pertama : Korek korek....haha

Jawapnya : kena dengor la Ustaz Azhar Idrus...senang cite, penjelasan yang jelas.

Segala fakta di bawah ini diambil dari web  Dr.Zaharuddin Abdul Rahman (klik sini)
2) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. 

3) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. 



4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL



5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

yang nie letak penjelasannya....

Hukumnya : 

Terdapat dua jenis : 

samada untuk berubat atau untuk menguatkan. 

TIDAK BATAL. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

7) Keluar air mazi
Hukumnya : TIDAK BATAL 

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.


8) Keluar air mani tanpa setubuh

BATAL PUASA = Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

TIDAK BATAL = Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)


12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : TIDAK BATAL, Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini


13 ) Mandi
HUKUMNYA : Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. 

Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

Okay, setakat nie lah dulu.....hujah2 bagi persoalan diatas bolehlah dibaca di link yang diberikan....hanya menkopi dan paste jawapan yang perlu sahaja.
Sebenarnya lebih baik kita mengetahui hujah dan sebab2 perkara itu membatalkan atau tidak. Hanya sekadar letak pendek2 untuk senang membacanya.........huhu.....Selamat Berpuasa jangan lupa sahur.- BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL



Monday, May 6, 2013

Sifat-Sifat kemenangan kepada pembela agama Allah - Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Dalam memperkatakan tentang era kegemilangan sejarah umat Islam, kita tidak boleh memisahkan diri untuk memperkatakan mengenai pendokong dan pembawa dakwah yang pertama, peribadi yang menjadi qudwah atau ikutan seluruh zaman Islam, iaitu Rasulullah SAW menjadi pelaksana yang pertama, unggul dan ulung serta penafsir yang sebenarnya mengenai Islam yang diwahyukan oleh Allah Taala. Dengan lain perkataan, diri Rasulullah SAW merupakan penerusan daripada dakwah yang dibawa oleh Para Nabi dan Rasul. Hakikat dan prinsip ini dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.”(Surah al-Nahl : ayat 36)

Pengabdian seluruh dan seutuhnya kepada Allah. Pengabdian yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Kesemua Para Rasul membawa prinsip pengabdian ini. Di zaman kegemilangan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, Baginda telah melahirkan suatu generasi yang unggul dan pertama.

Generasi Para Sahabat yang dilahirkan bukan sahaja berdasarkan kepada wahyu Allah, tetapi pelaksanaan perintah wahyu yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW secara praktikal. Rasulullah SAW telah menerima wahyu yang pertama dalam keadaan gementar sehingga pulang ke rumah dan terus berselimut. Kemudian disusuli pula dengan wahyu yang kedua supaya bangkit bertindak dan beramal. Rasulullah SAW bukan sahaja menerima ilmu itu, tetapi hendaklah disampaikan secara praktikal.

Rasulullah SAW tidak diperintahkan hanya sekadar memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran berhampiran Kaabah, tetapi ia bererti suatu bebanan tugas yang berat agar disampaikan peringatan daripada Allah. Suatu tugas yang diamanahkan untuk membetulkan kehidupan manusia dalam segala bidangnya.

Baginda Rasulullah SAW dapat melahirkan keunggulan peribadi generasi yang pertama. Generasi yang dibentuk dengan penghayatan Islam semurninya dan keimanan yang sesucinya. Generasi yang ditanamkan keyakinan yang sebenar untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam dan menyampaikan Islam itu kepada manusia sejagat. Pembentukan itu sebagaimana yang ditekankan pada awal lagi, bukan sekadar suatu pengisian ilmu semata-mata atau sekadar maklumat dan beramal dari segi lahiriyyah sahaja, tetapi pembentukan yang melulusi beberapa siri ujian. Pembinaan menerusi tekanan-tekanan, penindasan dan ujian yang dilakukan oleh golongan jahiliyyah; golongan taghut yang pertama dihadapi oleh Rasulullah SAW.

Penerapan keimanan dan keyakinan ini dilalui oleh Rasulullah SAW bukan menerusi penyampaian ayat-ayat suci al-Quran supaya generasi Islam yang pertama hanya bersabar dalam menempuh rintangan dan tekanan. Tetapi Rasulullah SAW sendiri yang pertama menghadapi ujian dan tekanan itu secara praktikal dan nyata. Ujian dan tekanan yang berterusan sama ada dalam bentuk fizikal ataupun kejiwaan. Baginda diuji dengan beberapa siri penyeksaan sepertimana yang sempat dirakamkan dalam lembaran sejarah. Baginda diuji dengan tawaran kemewahan, harta-benda dan pangkat.

Namun begitu, Rasulullah SAW menolak segala kepentingan duniawi dengan meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi daripada segala-galanya. Ini jelas terukir mantap dalam catatan sirah ketika Baginda menolak cadang-cadangan yang dikemukakan oleh wakil Abu Jahal.

“Wahai anak saudaraku! Kedudukanmu dari kalangan kami seperti yang diketahui olehmu dalam ikatan kekeluargaan. Sesungguhnya kamu telah membawa kepada kami suatu perkara yang besar. Kamu telah memecah-belahkan perpaduan mereka, memperbodohkan impian mereka dan mencela nenek-moyang mereka. Dengarlah dariku agar aku kemukakan kepadamu beberapa perkara untuk memberi pandangan dan menerima sebahagian daripadanya!”

Rasulullah SAW menjawab, “Katakanlah, wahai Abu Walid (gelaran ‘Utbah) apa yang kamu ingin perkatakan!”

Abul Walid mengemukakan cadangannya, “Wahai anak saudaraku (bahasa panggilan yang halus! Kalaulah apa yang kamu bawa ini kerana mahukan harta kekayaan, kami bersedia mengumpulkan untuk kamu harta- benda sehinggalah kamu menjadi orang yang paling berharta di kalangan kami. Kalau kerana mahukan kedudukan, kami bersedia, melantik kamu menjadi ketua kami sehinggalah kami tidak menandingi kamu. Jika sekiranya kamu mahu menjadi raja, kami bersedia menabalkan kamu menjadi raja kami.” (rujuk Sirah Ibnu Hisyam)

Lalu Rasulullah SAW bertanya, “Sudah habis pandangan daripada kamu?”

‘Utbah menjawab, “Ya!”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda dan membacakan;

“Ha, Mim (Allah Yang Maha Mengetahui akan maksudnya).”

“Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.”

“Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya, maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya).”

“Dan mereka berkata; Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami),” (Surah Fussilat : ayat 1-5)


Rasulullah SAW meneruskan bacaannya. Tiba-tiba ‘Utbah tersandar ke belakang dengan bertongkatkan kedua-dua belah tangannya. Kemudian apabila sampai ayat sujud, Rasulullah SAW terus bersujud. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda, “Adakah kamu mendengar itu?”

Abul Walid lantas pulang dengan wajah yang berubah. Penolakan harta-benda yang ditawarkan, pangkat yang dijanjikan ini merupakan pelaksanaan secara praktikal yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya. Penolakan yang menekankan tentang tujuan pelaksanaan Islam bukanlah sekadar untuk dilantik menjadi pemerintah tanpa menentukan apakah bentuk sistem yang akan dilaksanakan. Ataupun sekadar menerima kedudukan dan tempat dalam pimpinan tanpa menentukan apakah matlamat sistem yang hendak dilaksanakan.

Penolakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan kenyataan yang jelas, yang ditaati dan diikuti oleh Para Sahabatnya secara praktikal. Generasi yang meletakkan kepentingan Islam yang bakal dilaksanakan oleh mereka di dalam Negara Islam dan Masyarakat Islam yang pertama lebih berharga daripada segala kepentingan duniawi ini. Kemudiannya ujian seterusnya menampilkan konspirasi ganas penekanan pihak kuffar dan ugutan-ugutan yang mengancam jiwa raga serta menyeksa tubuh badan. Sehingga penekanan itu memaksa orang-orang yang beriman untuk berhijrah meninggalkan kepentingan tanahair, keluarga, rumahtangga, pangkat dan segala-galanya.

Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa urusan dan keperluan duniawi itu adalah penting, namun Islam menjadi prinsip kepada semua itu hendaklah dipentingkan dari segalanya. Kita tidak juga dapat menafikan bahawa tanahair, keluarga dan harta-benda adalah menjadi suatu keperluan dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dan membentuk generasi Islam. Tetapi Islam adalah lebih utama dan mesti terlaksana.

Setelah keyakinan Islam itu dapat dipertontonkan secara ‘amali, maka baharulah diperintahkan supaya menegakkan negara Islam yang pertama. Sebuah negara yang ditegakkan tanpa berhajat kepada angkatan polis atau bala tentera, justeru kerana setiap anggota dalam negara itu adalah polis dan tentera yang menjalankan kewajipan masing-masing. Sebuah negara yang menjadi impian kepada ahli-ahli falsafah Yunani di Barat, Parsi dan sebahagiannya di Timur, tetapi menjadi kenyataan kepada generasi terbaik umat Islam.

Sebenarnya, Islam yang diwahyukan oleh Allah bukanlah merupakan suatu teori yang hendak diuji, yang belum tentu jaya-gagalnya. Tetapi ia merupakan ajaran Allah yang menjadi jawapan yang tepat bagi menjawab dan menyelesaikan seluruh permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Negara Islam yang pertama ditegakkan oleh Rasulullah SAW menerusi pembinaan generasi Sahabat yang bakal mewarisi perjuangan Islam di masa akan datang. Ianya ditegakkan melalui akidah, kaedah dan cara yang dapat menjadi contoh dan teladan kepada umat-umat lain.

Islam itu ditegakkan bukan menerusi ugutan-ugutan ketenteraan, tetapi berdiri di atas prinsip perlaksanaan yang adil lagi bersih. Kebaikan dan keadilan yang bukan sahaja dapat dilihat oleh umat Islam, bahkan golongan bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam. 


Kebaikan dan keadilan yang menyentuh hati nurani untuk menyedari dan menginsafi bahawa Islam adalah lebih baik daripada keadilan yang dicadangkan oleh sistem-sistem bikinan mereka. Kebenaran dan pembelaan hak dalam Islam adalah ajaran yang jauh lebih indah dan agung daripada apa yang pernah digembar-gemburkan oleh pembesar-pembesar mereka.

Itu semua dapat terpancar dan menyerikan suasana umat manusia setelah umat Islam diuji dan dicuba secara praktikal bersama-sama dengan Rasulullah SAW sehingga mereka mencapai kemuncak peningkatan iman. Peningkatan keimanan yang tumbuh subur dalam jiwa umat Islam bergerak sejajar dengan meningkatnya kezaliman yang dilakukan oleh golongan jahiliyyah. Hakikat ini dialami dan dilalui secara nyata supaya nanti mereka tidak melakukan kezaliman ketika mereka diberi amanah di dalam urusan pemerintahan. Mereka pantas menjadi jurubicara untuk membela hak apabila mereka diberi peluang untuk membela hak orang lain. Mereka dapat melaksanakan kepentingan umat manusia ketika diberi peluang untuk melaksanakannya.

Generasi yang menyaksikan penyelewengan dan kebobrokan sistem jahiliyyah secara nyata dan menerusi penyaksian itu bangun untuk merubah, meruntuh dan meranapkan sistem itu. Hasil daripada cara inilah, maka terbentuknya generasi gemilang umat Islam yang mewarisi perjuangan Rasulullah SAW. Generasi gemilang yang terus melaksanakan amanah risalah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW. Generasi yang dibentuk keperibadiannya menerusi tamrin dan tarbiyyah di dalam Sirah Rasulullah SAW.

Oleh itu, kewafatan Rasulullah SAW yang membawa Islam hingga hari kiamat ini menjadi suatu hikmah yang besar ertinya. Ia merupakan bukti yang jelas tentang keabadian Islam yang akan dijulang dan disebarkan oleh generasi-generasi yang menurut jejak langkah Rasulullah SAW.

Generasi Para Sahabat bukan sahaja menerima perubahan fikrah menerusi penyampaian wahyu dan sabda Rasulullah SAW, tetapi generasi yang cekal menggagahi setiap ujian sehingga dapat membentuk keperibadian mereka sama ada dari segi individu ataupun jamaah. Dari sinilah terpancarnya sinar pijar (putih) yang gilang-gemilang kekuatan jamaah Islam yang pertama.

Kekuatan jamaah yang melaksanakan ajaran Islam yang syumul, lengkap dan sempurna. Kekuatan yang berakar umbi dari keimanan yang bulat kepada Allah, yang dihayati oleh Rasulullah SAW sebagai individu dan pimpinan jamaah. Kekuatan yang mengikat setiap diri para sahabat untuk tunduk dan patuh kepada kepimpinan Rasulullah SAW dan melaksanakan perintah Allah tanpa soal.

Generasi Islam yang pertama terdiri daripada individu-individu yang hanya bergantung bulat kepada Allah. Tidak memandang ke Timur dan tidak pula memandang ke Barat. Individu-individu yang hanya menerima perintah arahan, hukum dan perundangan daripada Allah, sekaligus menolak dengan tegas setiap unsur-unsur yang lain dari Islam. Individu-individu yang hanya mengambil ajaran, sistem dan neraca penghayatan daripada Allah. Mereka menyelesaikan seluruh permasalahan yang timbul dengan terlebih dahulu merujuk kepada ketetapan hukum Allah, bukan melaksanakan sesuatu kemudianbaru dirujuk kepada Allah.

Inilah dia individu-individu yang pertama dibentuk oleh Rasulullah SAW, yang menjadi batu-bata dalam mengikat padu jamaah Islam. Batu bata yang mengikat suatu jamaah yang bergerak melanda segala liku berduri. Keutuhan dan kesepaduan suatu jamaah yang telah diuji secara praktikal di dalam peperangan Badar, peperangan Uhud, peperangan Hunain dan beberapa siri peperangan yang lain. Peristiwa-peristiwa yang mengajar umat Islam bahawa mereka tidak boleh menyimpang walaupun sedikit daripada mengabdikan diri kepada Allah.

Mereka diberi kemenangan dalam peperangan Badar, meskipun jumlah mereka terlalu kecil. Tetapi oleh sebab jiwa mereka suci dan hati mereka bersih untuk tunduk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, maka mereka telah dianugerahkan dengan kekuatan dan kemenangan. Tidak ada kebendaan yang dicari dan tidak ada pengaruh duniawi yang menjadi matlamat dan tujuan dalam perjuangan mereka.

Sebaliknya, dalam peperangan Uhud, apabila hanya ada segelintir sahaja daripada jamaah Islam itu yang tidak mengikut arahan Rasulullah SAW mereka telah diajar dengan percikan darah yang menitis keluar daripada tubuh umat Islam, sehingga gigi Rasulullah SAW sendiri patah dan pipinya berdarah. Justeru kerana sedikit daripada mereka meninggalkan bukit strategi untuk mengejar ghanimah perang dan kebendaan, mereka telah diajar oleh Allah melalui syuhada’ yang bergelimpangan.

 Dan bagaimana mereka diuji sekali lagi secara jama'ah di dalam peristiwa peperangan Hunain tatkala mereka berbangga dengan jumlah mereka yang ramai. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mungkin dapat dikalahkan :

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah al-Taubah : ayat 25)


Peristiwa ini menjadi dalil yang kuat untuk membuktikan bahawa kejayaan dan kemenangan umat Islam, kegemilangan generasi Islam bukanlah bikinan manusia, tetapi ia adalah kurniaan daripada Allah Taala. Pertolongan dan kurniaan daripada Allah itu tidak akan datang secara percuma, walaupun Islam ini adalah agama yang diturunkan oleh Allah.

Hal ini sepertimana yang disebut oleh Al Syahid Sayyid Qutb di dalam bukunya Ma'alim fi Toriq;

“Meskipun Allah Taala boleh memberi kemenangan kepada umat Islam sebagaimana turunnya hujan dari langit, tetapi oleh kerana Islam itu diturunkan kepada manusia, maka kejayaan dan kegemilangan Islam ini hendaklah berjalan melalui proses kemanusiaan itu sendiri. Melalui sifat-sifat yang ada pada manusia, yang dibentuk melalui cara kehidupan manusia serta melalui tekanan dari penindasan yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana itulah Allah melatih dan membentuk mereka melalui wahyu secara individu dan jamaah, membentangkan di hadapan mereka ribuan tribulasi yang nyata dan praktikal. Sentuhan wahyu yang menggarap sikap dan semangat untuk memikul amanah Islam sehingga lahirnya individu-individu dalam rangkaian suatu jamaah yang padu dan kuat. Lahirnya jamaah Islam yang dapat melaksanakan perintah Allah tanpa syarat. Suatu jamaah yang tidak pernah menyimpang walau di saat wafatnya Rasulullah SAW. Mereka tidak mungkin dapat digugat, sebagaimana mereka tidak dapat digugat di zaman Rasulullah SAW.”

Generasi Para Sahabat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW adalah generasi yang dapat memenuhi ciri-ciri jamaah Islam dan ciri-ciri individu yang menganggotai jamaah Islam. Mereka tidak pernah terpisah daripada risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan mereka tidak juga bercita-cita untuk menukar aqidah keimanan mereka dengan sesuatu yang lain.

Mereka tetap taat menjunjung pesanan Rasulullah SAW, meskipun Rasulullah SAW sudah pergi dan tiada bersama mereka. 

Antara pesanan Baginda SAW kepada sahabatnya, “Aku tidak takut kepada kemiskinan yang mengenai kamu. Tetapi aku takut terhadap keduniaan yang dibentang kepada kamu, sehingga kamu menjadi binasa dengan dunia, sebagaimana umat yang terdahulu daripada kamu binasa.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lantaran itu, mereka thabat berpegang kepada slogan-slogan yang dilaungkan oleh golongan Muhajirin dan Ansar ketika mendirikan masjid Nabawi bersama-sama dengan Rasulullah SAW, “Wahai Tuhan, sesungguhnya tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat. Wahai Tuhan, berilah pertolongan kepada Muhajirin dan Ansar”.

Inilah generasi gemilang. Mereka tidak sedikit pun terikat kepada kehalobaan dunia, tetapi mereka memerintah dunia seluruhnya. Walaupun mereka diberi kemewahan dan kekayaan, tetapi mereka memerintah kemewahan dan kekayaan itu, bukannya terpedaya dengan pujukan rayu hawa nafsu lantas menjadi hamba kepada kemewahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW merupakan risalah yang membentuk manusia berlandaskan keyakinan dan keimanan. Risalah yang tegak berpaksikan taqwa dan pengabdian kepada Allah Taala.

Generasi gemilang pertama yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW dilahirkan di Semenanjung Tanah Arab, bumi yang kering kontang, tanpa hasil mahsul dan jauh dari tamaddun kebendaan. Keadaan tumbuhnya watak dan keperibadian gemilang generasi pertama ini menjadi suatu siratan yang penuh hikmat dan pengertian.

Kalaulah kemenangan Islam itu ditumpukan kepada kekuatan jumlah, maka lebih baik generasi ini dilahirkan di tempat yang mempunyai jumlah manusia yang ramai. Kalaulah kemenangan itu berdasarkan kepada kekuatan kebendaan, mengapakah Allah tidak melahirkan Rasulullah SAW itu di negeri Parsi, Rom, India atau China; negara-negara yang kaya dengan tamadun kebendaan. Tetapi hakikat ini tersimpul kemas dalam kenyataan bahawa kekayaan, kemewahan dan tamadun kebendaan bukanlah menjadi pra-syarat kepada matlamat kehidupan manusia, serta bukan juga menjadi pra-syarat untuk mendapat melahirkan generasi yang gemilang itu. Ia hanya menjadi alat semata-mata yang tidak mungkin berguna sama sekali melainkan ia diarahkan di atas landasan keimanan kepada Allah Taala.

http://www.tarbawi.my

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/18550-sifat-sifat-kemenangan-kepada-pembela-agama-allah#.UYhjHqL-FvA


Powered By Blogger
Powered by Blogger.