اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Selamat Datang ke Blog ini....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.".

Pray For Syria

"Doa senjata Mukmin....".

Astaghfirullah....

Ya Allah Ampunkan Dosa Kami...........

Say NO to COUPLE...

JAGA KALAM. Jangan Menghina ULAMA

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati.

Powered By Blogger

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kareem……….jawabnya?...Allahu akram.





Alhamdulillah pertama2nya dan selama2nya kita mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah atas nikmat iman dan islam ini dan dapat bertemu kembali di dalam bulan yang mulia, Ramadhan al Mubarak.

183.  Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, ( surah al-baqarah ayat 183 ).
               
Pesanan  untuk bertaqwa ialah pesanan yang setiap minggu kita akan mendengarnya terutama dalam khutbah jumaat. Sekali lagi Allah menyuruh kita untuk bertaqwa kepadaNya di bulan yang mulia ini.

Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ibaratnya kata seorang tuan guru bulan ramadhan ini ibarat hujan yang lebat, jika kita tidak menadah air hujan itu dengan bekas atau tempayan, kita tidak akan mendapat apa2 hasil, hujan yang begitu lebat kita biarkan ia berlalu, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa kesannya kepada kita.

Suka membaca blog ustaz hasrizal abdul jamil, iaitu beliau menceritakan tentang habib bourgiba, kisahnya yang mengatakan produktivit orang islam akan turun disebabkan berpuasa di bulan ramadhan
.
Adakah benar? Teringat satu kata2 Islam itu terhijab(terhalang) dengan orang islam. Orang kafir apabila mereka ingin berhujah mereka menjadikan org2 islam sebagai hujah mereka untuk mengatakan islam itu jahat, islam itu tidak elok. Jadi kita sebagai orang islam menjadi bahan hujah kepada mereka, oleh itu tunjukkanlah produk islam itu pada mereka dengan berakhlak yg baik.

Perbuatan kita lah dakwah yang terbaik. Peringatan yg diberikan untuk diri sendiri. Moga diri ini diberi kekuatan oleh Allah untuk menonjolkan produk islam itu.

Amalan di bulan Ramadhan

Mendengar kuliah dari ustaz, menceritakan ulama2 dahulu bila tiba bulan ramadhan, mereka terus menumpukan sepenuh perhatian kepada Al-quran, membaca dan mentadabbur quran itu. Ada yang dapat mengkhatamkan Al-quran 60 kali dalam sebulan. Ya Allah, itulah berkat orang2 alim.

Kita hari ini? Penuh dengan nikmat. Bermacam2 teknologi ipad, iphone mcm2 lagi. Al-quran boleh dibawa ke mana2, application dalam hpone dan sebagainya. Tapi berapa kali kita khatamkan quran di bulan ini?.

Adakah kita mulakan pagi kita dengan Al-quran? Muhasabah untuk diri sendiri.
Nabi s.a.w. seorang insan yang dijanjikan syurga oleh Allah dan baginda terpelihara dari dosa, bila tiba bulan ramadhan baginda sangat bersungguh2 dalam amalan baginda. Adakah kita sudah dijamin syurga?.

Golongan yang sedikit

Mengapa peperangan Badar hanya sedikit bilangan umat islam? Hikmahnya sebab Allah ingin memberikan ganjaran yang terbaik buat Ahli Badar sebab itu tidak ramai yang mengikuti peperangan itu kerana hanya mereka2 yg terpilih dan layak untuk mendapat ganjaran Allah sahaja. Orang2 munafik tidak mengikuti sebab Allah nak beri ganjaran hanya kepada orang2 yang ikhlas pada jalanNya. – Wahai ahli badar, buatlah apa yang kamu nak buat sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu –

Sedikit tak Banyak


AMALAN DI BULAN RAMADHAN


Doa yang sering diungkapkan oleh ustaz2 apabila diajukan soalan apakah doa yang  paling utama di bulan ramadhan. Jawab al-fadhil ustaz haron din menghuraikan tentang doa yang utama dengan bersandarkan kpd hadis nabi  ialah :

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Firman Allah taala dalam surah al-baqarah ayat 186 :

186.  Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Bertanya kpd beberapa kawan, adakah sudah mengkhatamkan al-quran?...ramai yg menjawab yang penting kualiti bukan kuantiti. Terkedu mendengar. Betul tu. Kalau khatam dua tiga kali tetapi tajwid kemana? Makhaj ke mana? Buat apa?. Itulah pentingnya kepada tadarus, bila kita salah kawan kita tegur, bila kawan kita salah kita yg menegur.

Firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 :

2.  Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Allah menyebut ahsanu bukannya aksaru, yang terbaik bukannya yang terbanyak. Bermuhasabah diri sendiri, cuba untuk beramal dan memahami.

Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa2 ganjaran kecuali lapar dan dahaga( hadis riwayat al-nasai),

Bahawa engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihatnya, dan jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya ia melihat engkau – muttafaqun alaihi.

Terawih 20 ke 8? Asalkan solat terawih. Jangan sibuk bergaduh, last2 tak solat terawih pun sibuk bergaduh je. Huhu jawapan selamba dari seorang ustaz yang bertaraf Phd. Sedikit selesa mendengar kerana beliau member jawapan yang tidak memberatkan kpd pendengarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut 
BELAJARLAH………… baru kita tahu jenis tak belajar sampai mampus akan bergaduh. Orang2 Alim tak bergaduh pun dalam perkara2 yang byk pendapat ulama ini.


BERSAHURLAH


Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada berkat. Berusaha untuk bersahur walaupun dengan sebiji kurma. Peluang yang amat senang dan amalan yg mudah dilakukan. Selepas bersahur bingkas bangun JOM SOLAT SUBUH……… peringatan untuk diri ini. Mendengar keluhan seorang sahabat ruginya aku tak sempat bersahur semalam ya Allah dia merasa rugi kerana tidak bersahur, adakah aku juga merasa penyesalan itu jika tidak bersahur. Cuba dan terus berusaha

.
SELAMAT BERPUASA DAN MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN2 YANG TELAH BERLALU. – SELAMAT BERBUKA – SELAMAT BERSAHUR

Saturday, January 22, 2011

KLCC dan PIRAMID?




Kini tahun baru 2011, kejap celik kejap pelik dah banyak benda
yang berlaku. Suka untuk menyebut ayat dari kalamullah iaitu dari surah Anbiya 1-2:

1.  Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
2.  Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

Ya Allah, al-quran yang sudah diturunkan beribu tahun dahulu, sudah lama Allah menyebut segala kelakuan manusia tetapi kita tetap begini. Payahnya hendak berubah.
 Mengapa dan  Mengapa?

KLCC dan PIRAMID?? Apa bezanya? kedua2 nya bangunan, kedua2nya menjadi kebanggaan kaum masing2……… bezanya hanya pada waktu.

Sifatnya??adakah sama. Mungkin sama sebab kedua2nya tinggi dan menjadi kebanggaan si pembinanya. Siapa Pembina Piramid? Dah tentu kita tahu kisah mamat nie. Iaitu lagenda kezaliman iaitu si Firaun. Siapa Pembina KLCC?? Jawab sendiri, kalau tak tahu…..buat2 tahu dah la.

Kenapa Firaun bina Piramid? Atas dasar kebanggan mungkin. Sebab apa dibina KLCC??
Siapa Firaun? Dialah pembesar pada zaman nabi musa, boleh kata presiden la, terkenal dengan kejahatannya dan ketidaksukaan kepada dakwah nabi musa a.s sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai tuhan seperti dalam firman Allah surah An Naziat ayat 20-24

.  .20Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar
21.  Tetapi Fir´aun mendustakan dan mendurhakai.
22.  Kemudian dia berpaling seraya berusaha menantang (Musa).
23.  Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya.
24.  (seraya) berkata:"Akulah Tuhanmu yang paling tinggi".

Firaun lebih hebat daripada syaitan sebab dia menggelarkan dirinya sebagai tuhan sedangkan syaitan pun tak kata dia tuhan. Hebat betul si firaun nie.

Firaun pernah berkata kepada penduduk negerinya, mengapa kamu nak ikut nabi musa, apa yg dia boleh beri kepada kamu? Sedangkan aku boleh bagi kamu air, iaitu saliran air untuk tanaman kamu, kamu ikut musa apa yang kamu ada.

Apa yg disebut Firaun disini ialah dia ada duit, jadi sebab apa tak ikut dia sedangkan nabi musa a.s tiada apa2, projek2 pun tiada, wang ehsan pun tak bagi, kau ikut buat apa?

Firaun dengan bongkak berbangga dengan pembangunan yg dibuatnya, hebat sekali, nabi Musa a.s boleh bagi apa? Begitulah sekiranya pemahaman kita terhadap sikap si Firaun ini.

Tidak mahu menerima dakwah nabi musa. Sikap kaum nabi2 yg terdahulu apabila datang seorang membawa kebenaran dari Allah, mereka tidak akan percaya sehinggalah Nampak benda2 pelik atau kuasa baru mereka boleh percaya. Tetapi apabila Allah member mukjizat kepada nabi contohnya nabi musa dengan tongkatnya, mereka berkata nabi musa itu seorang ahli sihir yg kuat.

Macam2 alasan mereka.

Kita berhenti seketika melihat gelagat si firaun
Kembali kepada zaman kita. Adakah wujud si firaun ini dizaman kita? Sifatnyayg berbangga dan mengungkit2 pembangunan yg dibuat. Huhu. Cuba kita fikir perdana menteri sesebuah Negara memang ada dalam agendanya untuk buat bangunan, tidak perlu diberitahu oh baiknya beliau sebab buat bangunan itu. Memang tanggungjawab seorang PM itu begitu. Betul tak?.

Pm itu wujud kerana adanya rakyat. Rakyat ada sebab ada Negara. Apa yg dibanggakan dgn bangunan yg tinggi. Sekaran ini kedudukan KLCC sebagai bangunan tertinggi di dunia sudah mula menurun. Memang tak kekal lama, sebab ada byk lagi negara2 di luar sana itu yang membina bangunan yg tinggi.



Malaysia berbangga dgn apa? Perlu ke?

Tapi yg pasti nama Malaysia sudah mula menaik dalam bidang kilang pemprosesan bayi.. Apa nak jadi? Sampai sekarang masih banyak lagi? Apa dah jadi?

Sekolah untuk budak terlanjur spt di Melaka? Mm.. ok

Tapi ingat, kita bukan nak perbanyakkan lagi sekolah seperti itu. LAngkah penubuhan sekolah itu ibarat orang kata rumah tak siap lagi tapi cat dah beli.

Tiang pun tak pacak lagi, cat rumah dah beli, tak pe la mungkin nak bermimpi dgn cat itu kot,
Benda yg penting tak buat lagi

Bersambung........... 


Powered By Blogger
Powered by Blogger.