اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Selamat Datang ke Blog ini....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.".

Pray For Syria

"Doa senjata Mukmin....".

Astaghfirullah....

Ya Allah Ampunkan Dosa Kami...........

Say NO to COUPLE...

JAGA KALAM. Jangan Menghina ULAMA

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati.

Powered By Blogger

Thursday, December 9, 2010

Pesan Sang Murabbi, Ustaz Yahya Othman...



Artikel yang dipetik dari blog musafir seorang hamba, ustaz basri ibrahim yang bermanfaat dapat dikongsi bersama.... tuan blog kalau terbaca minta halal ye...huhu

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, kerana memberikan diri ini ruang dan peluang untuk aku bertamu mengutip ilmu dari seorang ulama semalam.



rugi benar kiranya kalau penulis tidak berkongsi mutiara-mutiara indah yang dicurahkan oleh Sang Murabbi " Ustaz Yahya Othman" semalam. penulis dah cuba menulis sebanyak mungkin yang terkeluar dari mulut ustaz semalam, insyaAllah, yang mana sempat akan penulis kongsi.


(raut wajah yang sekian lama berselut dan berlumpur dalam arena siasah, tarbiah, dan dakwah tanah air)



dari kejauhan lagi melihat kelibat ustaz yang keluar dari rumahnya, subhanallah, terpancar jernihnya wajah seorang ulama yang terlalu banyak berjasa kepada perjuangan agamanya. kagumnya dengan ustaz, walaupun dalam keuzuran ustaz menggagahkan jua untuk mencurahkan ilmu yang dimilikinya kepada kami.



mulanya seorang sahabat ustaz, menyuruh kami hanya berjumpa ustaz di rumah beliau kerana ustaz tak sihat, dan anaknya juga berkata pada ustaz ' sakit-sakit pun nak pergi mengajar jugak' begitulah cintanya ustaz pada ummat. dengan mengunakan kerusi roda ustaz berjalan ke Waqaf Darul Quran yang berada di tanah yang diwaqafkan ustaz untuk perjuangan agamanya. tapi ustaz tak duduk atas kerusi tu, mungkin kerana ustaz tak mahu menyusahkan sesiapa untuk menolaknya, ustaz yang menolakknya sendiri menjadikan kerusi tu sebagai tongkat. mulianya peribadi seorang murabbi.





(masih mengagahkan diri untuk ummat walaupun di ambang usia 71tahun)


ustaz memberi salam dan menyapa orang-orang yang menunggunya di pintu pagar, dan bila ada yang menjawab salam ustaz cakap 'dari cara menjawab salam dan soalan kita dah dapat kenal orang tu macam mana' itulah mutiara pertama yang dikutip.. dalam maknanya.



ustaz terus bertanya, adakah semua orang dah sampai, dah pukul berapa ni, ustaz mulakan bicaranya, dulu masa saya jadi pensyarah, saya cukup tekankan tentang masa, kalau lima minit pelajar tak masuk lagi, saya terus kunci pintu, lepas sekali dua macam tu, diorang seriklah' kata ustaz, begitulah beliau mendidik pelajarnya dengan masa.



seorang pelajarnya berkata 'mana boleh macam tu ustaz' lihat bagaimana cara seorang murabbi menjawab ' kenapa tidak boleh pulak, kamu tak tahu ke dalam al-Quran ada surah al-'Asr?'. ringkas dan padat jawapan ustaz,



adakah kita masih lagi bermain-main dengan masa sedangkan Allah sendiri bersumpah dengan masa di dalam al-Quran mafhumnya :


" Demi masa (1) sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3) surah Al-'Asr"


siapa kita untuk bermain-main dengan masa? kalau sekali dua kita terlewat mungkin tak mengapa, ini berkali-kali, kalau 10 ke 20minit kita lewat mungkin boleh dimaafkan, tapi ini berjam-jam, kalau ada halangan dan musyaqoh lain takpe, ini sengaja atau mungkin tabiat dan hobi kita melewat-lewatkan janji kita. tahukah orang-orang yang bermain dengan masa ini bahawa kamu telah mengambil masa teman dan sahabatmu? mahukah nanti kamu juga dilewatkan untuk masuk syurga kerana mengambil masa temanmu? Demi Allah, walaupun sesaat kita tak sanngup untuk kita menanti di pintu syurga.


Moga Allah memelihara kita dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa menepati waktu.. siapa kita untuk bermain dengan sesuatu yang Allah sendiri bersumpah denganya..


maaf kalau penulis sedikit kasar tapi benar, penantian itu satu penyeksaan, ana suka dengan cara ustaz, setiap orang yang masuk lewat kedalam dewan selepas tu pasti ada saja nasihat khusus buat yang lewat tu selepas ustaz bertanyakan sebab keterlewatanya.


tepat jam 9.59pg ustaz mula membuka majlis, kerana janji jam 10pg akan bermula, lihatlah bagimana seorang ulama dengan waktunya walaupun dalam keadaan uzur.


memulakan bicaranya tentang nasihat bahawa guru-guru terdahulu sentiasa mengajarkan dan bercerita tentang berkat dan adab dalam menuntut ilmu, ustaz menulis satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang anak khalifah ketika itu kepada gurunya.


"man alim'na harfan sortu lahu abdan"

'sesiapa yang mengajarkan kepadaku satu huruf, maka akan kujadikan diriku hamba padanya'



ustaz menghuraikan 'bukan kita nak bangga dan puja maksudnya, tetapi nak mengajar kita akan erti hormat pada mereka. dan diceritakan bagaimana khalifah ketika itu berkata kepada guru anaknya ' saya hantar buah hati saya kepada kamu, dan saya sedia mengambil tulangnya'


subhanallah, begitulah hebatnya khalifah dahulu, memberikan sepenuhnya ruang kepada sang guru untuk memdidik anak mereka, tetapi kalau hari ini, masakan guru nak merotan anak murid, anak kena cubit pun dah kena masuk mahkamah, tak termasuk lagi yang anak murid pukul guru sendiri kerana naka balas dendam. bagaikan langit dengan bumi perbezaanya..



ustaz bertanya, adakah kita ni seorang muslim? apabila kita mengatakan ana muslimun (saya orang islam) maka makna muslim itu ialah 'serah diri' betul ke kita ni orang yang menyerah diri kalau kita masih lagi lawan tuhan dan koyak Al-Quran? dengan nada yang agak tegas.

dengan kamu ni saya terpaksa cakap kasar kata ustaz, sebab dah takda masa, umur saya dah nak sampai 71tahun tahun ni, dah lebih 50tahun saya berlembut dengan rakyat kelantan, dan hasilnya macam yang ada sekarang.

kita perlu berusaha juga macam mana pun untuk jadi mukmin katanya lagi, sebab apabila kita hanya islam tapi tidak mukmin, orang tu takkan faham lagi apa yang islam nak bawa.

ustaz menyelitkan cerita tentang hijrah bagaimana keadaan orang mekkah dan madinah ketika itu, orang islam ni kena ada ilmu pesannya. tengok orang-orang mekkah yang berilmu sahaja yang berhijrah.

ustaz membawakan satu ayat yang cukup menarik untuk kita perhatikan, tentang orang-orang arab yang islam tetapi tidak mahu berhijrah,

قَالَتِ الاٌّعْرَابُ ءَامَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُواْ وَلَـكِن قُولُواْ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الايمَـنُ فِى قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُواْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَـلِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


lihatlah dengan jelasnya mereka mengatakan mereka "amanna" tetapi Rasullulah kata tidak, kamu belum beriman, tapi kamu hanya "aslamnna". sebab itulah kata ustaz 'kita jangan bangga hanya dengan masuk islam' sebab ramai saja orang islam pada hari ini tidak memahami apakah sebenarnya islam mahu kita laksanakan.


ustaz membawakan satu hadis (ana tak pasti hadis atau kata-kata ulama) maksudnya,"bukanlah keimanan itu dengan angan-angan, bukan juga sekadar hiasan, tetapi iman itu ialah apa yang diikrarkan dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan"



Falsafah Taalim (belajar)


kata ustaz, belajar ni ada falsafahnya yang tersendiri, kalau sempurna falsafah ni barulah sempurna seseorang tu belajar. (ringkasan)

1. BACA

- sebagai seorang pelajar tak dapat tidak kita perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu kita. tidak cukup hanya dengan membaca, kita juga perlu..

2. FAHAM

- memahami secara mendalam apa yang kita baca, banyak saja orang yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak memahaminya.

3- HAFAL

-memang adat nak jadi orang yang berilmu kita kena menghafal untuk memudahkan kita mengunakkannya apabila diperlukan, kata ustaz, apa beza pelajar universiti dengan orang kampung, mereka juga membaca dan menghafal, kadang-kadang ayat-ayat lazim dan doa-doa yang diajarkan lebih mereka dari kita menghafalnya, jadi perlu ada satu lagi syarat dalam menuntut ilmu ni iaitu..

4- HAYATI

- iaitu dengan kita beramal dengan segala ilmu yang kita miliki, amal itu lahir dari penghayatan, jadi tidak ada gunanya ilmu tanpa amal.


tiba-tiba ustaz memandang tepat kepada yang tak menulis, 'ni kenapa tak menulis ni?' tak bawak kertas ustaz, jawabnya, owh, jadi datang sini tak ada niat nak belajar ke, cepat-cepat sahabat yang lain hulurkan pen dan kertas, hehe, jangan main-main dengan ustaz ni, garang sikit, bak kata kawan saya.

ustaz memang begitu, tegas orangnya, bak kata ustaz kita nak cakap biar Tegas, Nyata, danTerang, mungkin ini yang menjadi antara falsafah hidup ustaz, yang datang lewat ke yang tak bawak kertas ke semua kena 'basuh' kat ustaz, hehe..

cantiknya peribadi seorang murabbi, ustaz cakap ' saya marah-marah ni tanda saya sayang kamu, benda yang saya nak kongsi dan bagitau banyak, tapi masa kita hanya tinggal sedikit' sebak saya mendengar ustaz cakap macam tu, seolah-olah ustaz mahu mencurahkan segala ilmu yang pernah dikutipnya kepada kami,tetapi ustaz sedar dalam kesihatan dan umurnya yang terbatas, sayang benar kalau pengalaman dan ilmu yang ada padanya tidak dikutip oleh generasi-generasi baru ni. Ya Allah, Engkau berikanlah kesihatan dan panjangkanlah umurnya..



sedikit cerita pengalaman hidupnya yang dikongsi ustaz, ustaz ada seorang kawan, satu ketika ustaz tengah marah, dan ustaz kata dia dah tak boleh sabar ni.. tiba-tiba sahabat ustaz cakap 'kamu tidak mahu ke Allah kasih kepada kamu' kenapa pulak ustaz bertanya, yelar kan Allah tu kasih kepada orang-orang yang sabar, dan Allah juga bersama dengan orang-orang yang sabar (innaLaha maa as-sobirin).. subhanalLaah.. ustaz kata, indahnya persahabatan yang sebegini, ada sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang isi Al-Quran bila kita memerlukanya.

ustaz ceritakan juga bagaimana ada orang datang nak pukul dan lembar batu kearah ustaz bila awal-awal pulang ke tanah air dulu, dan ada seorang orang kampung, datang nak lindung ustaz, dia cakap, saya yang mati takpe ustaz, jangan ustaz yang mati, ustaz ada ilmu yang perlu dimanfaatkan untuk agama, ustaz kata dia tersentak dengan jawapan orang kampung tu, dia yang dah ada master ketika itu tak pernah terfikir sebegitu rupa, ini pula orang kampung biasa yang belajar pun tidaklah tinggi mana, tetapi mereka ada AL-FAHMU AL-AMIQ ( kefahaman yang mendalam) kata ustaz.

3kali ustaz tanding pilihanraya tapi kalah( lepas tu ustaz menang, dan pernah jadi Exco Dakwah dan pendidikan) mereka nilah yang datang nasihatkan supaya ustaz bersabar, itulah asam garam seorang tokoh, ustaz juga antara 12 orang yang mendapat tarbiah secara langsung dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir bersama-sama dengan Allahyarham Fadhil Nor satu ketika dulu.

antara kata-kata terakhir pada pagi itu sebagai bekalan buat kami..


kalau lapar orang akan cari nasi - sebagai makanan jasmani

tapi kalau Rohani ni kita kena cari Al-Quran


dua tiga kali ustaz sebut perkara ni dalam nasihatnya pagi tu, ' saya ni nak sampaikan apa yang nabi suruh, kita ni hanyalah sebagai penyambung, jadi saya nak sampaikan pula pada kamu, dengan nada yang sedih tiap kali ustaz kata tentang nasihat tu,

ustaz menutup ucapanya dengan sepotong hadis, 'balliqru anni walau ayah' sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat, sekarang ustaz dah bayar zakat ilmu ustaz pada kamu. hati ni sedih bila mendengar ustaz cakap macam tu, sungguh mulia peribadimu Sang Murabbi, kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan ilmu kepada Ummat.


hari itu menjadi antara hari yang bersejarah buat penulis bila berpeluang buat pertama kalinya mencium tangan dan memeluk tubuh seorang ustaz, penulis berharap ini bukkanlah kali terakhir pertemuan dengannya.. banyak lagi mutiara yang penulis mahu kutip darinya.


Rasullullah tidak meninggalkan dinar dan dirham buat kita, tetapi Rasullullah mewariskan kepada kita para ulama pembela agama.. Ya Allah, Jadikanlah Daku dalam kalangan orang-orang yang mencintai para Ulama.. Ameen Ya Allah..

kredit buat ustaz basri (musafir seorang hamba).....



Wednesday, December 8, 2010

Berhati hatilah.... Maling



Ketika hendak pulang ke Terengganu pada cuti sem yang lepas, aku seperti biasa akan pulang dengan bas dan naik di terminal 2, seremban. Bas bertolak pada pukul  10 malam tetapi aku seawal jam 6 petang sudah keluar dari kolej kediaman untuk ke ktm sampai ke seremban.  Perjalanan dari ktm nilai ke seremban hanya mengambil masa selama 20 minit. Tapi kalau ktm buat rosak lambat la ckit. Sampai di seremban pada pukul 6.30 ptg, lambat lagi la nak naik bas jadi relax sekejap dalam surau di ktm seremban.

          Sedang relax2, jam menunjukkan 6.50 ptg tiba2 ada 2 orang pemuda masuk ke dalam surau, seorang tu baring sekejap, yang seorang lagi berseluar pendek dan duduk di sebelah aku. Hati ku berkata ‘bagus jugak mamat nie, awal  masuk surau walaupun pakai seluar pendek, baguslah sembahyang jugak’. Azan maghrib pun dilaungkan, member dia yang baring tadi, bangun dan pergi ambil wudhu, mamat seluar pendek nie mencari kain pelikat untuk solat. Hati ku berkata lagi ‘ perghh bagus2’.

          Tak lama kemudian, iqamat dilaungkan, si mamat seluar pendek nie tiba tiba tanggalkan kain dia dan terus keluar dari surau itu, aku pun pelik jugak, yang bagusnya member dia yang seorang lagi tu panggil la semula mamat nie suruh solat dulu tapi mamat seluar pendek nie kata ‘ tak ape ah, kau semayang la’. Aku pun pelik kehairanan, tapi tak pe ah mungkin ada kerja kot. Yang brother member mamat nie tadi tak ambil lagi wudhu, beratur sahaja padahal dah iqamat.

          Dalam sura banyak la budak uia dan usim yang juga ingin pulang ke kampong. Selesai sembahyang ada la budak uia nie dia kata laptop dia dah hilang. Aku tanya dia perasan tak siapa2 yang ambil. Dia kata ada sorang mamat tu tadi ada macam nak sembahyang tapi bila dah habis solat aku tengok dah tak ada mamat tu. Mungkin dia. Aku pun teringat mungkin mamat tadi tu.
Alhamdulillah laptop aku tidak menjadi mangsa.

          Dalam sangkaan aku mungkin kawan dia yang seluar pendek yang keluar dari surau tu tunggu kat luar, yang mamat kat dalam ni ambil laptop tu bagi kat mamat seluar pendek nie. Lepas orang sembahyang baru mereka mula operasi. Baru aku tahu sebab apa mamat seluar pendek tu keluar dari surau, aiii ingatkan dah insaf ke ape? Rupanya taktik mencuri….adoiii..

Laptop dan pencuri tak berjaya di kesan…….

Moral of the story

Jangan terlalu husnu zon dgn orang, berhati hatilah di mana sahaja kita berada, laptop tu lain kali letak kat depan bila nak sembahyang, bila masuk tandas bawa masuk sekali………….

Zaman nie memang tak boleh dipercayai, kecurian,rogol berlaku di mana mana sahaja hatta di surau.

Selagi islam diperintah bukannya memerintah kejadian jenayah yang sama akan terus berlaku.

Sunday, December 5, 2010

Penyiksaan di zaman nabi

Puak Quraisy begitu melampau dan bersangatan menentang RasuluLlah dan sahabat-sahabatnya. Antara apa yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru bin A1’As: “Ketika Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam bersembahyang di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahunya sambil menolaknya dan RasuluLlah dan berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Tuhanku ialah Allah.”

Satu lagi apa yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar: “Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan melempar ke atas belakang RasuluLlah, menyebabkan RasuluLlah tidak mengangkat kepalanya dan sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah radiyallahu‘anha membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada ‘Ali siapa yang melakukan demikian.

Di ketika yang lain pula Baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai kejian dan maki-hamun ketika berjalan di tengah-tengah mereka dan diketika melalui di hadapan kelab-kelab mereka.

Sahabat-sahabat RasuluLlah ridhwanuLlahi ‘alaihim ajma’in telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta dan cacat anggota dan sebagainya.

 Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah. Dalam soal ini kiranya hendak kita memperkatakan secara mendalam mungkin tidak sempat, memadailah Setakat membawa apa yang telah diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat: “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah.

Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?” Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

“Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah

- Muhammad Said Ramadhan Al-Buti - Fiqh Sirah

Tuesday, November 30, 2010

Hari Esok Untuk ISLAM....إسلام



Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh  yang begitu hebat. 

            Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka  bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai  alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

            Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin  seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir  alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

            Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang  sepatutnya  dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

            Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w,  Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal  diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja  Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

            Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah  menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada  ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

            Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
           
           
Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa
golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

            Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan  komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami  keruntuhan moral yang amat
dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

            Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. 

Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad.  Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

            Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam.  Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

            Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia.  Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan  yang mampu menggugat kekuatan musuh.

 Pertama:  Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia.  Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi
banyak"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

            Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.   
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

            Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

            Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

            Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". 

Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" 

Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

            Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.



-الشاهد حسن البنا-
           


Saturday, November 27, 2010

sekurang2nya kenal nama kitab dan penulisnya...

أحييكم بتحية الإسلام وتحية الإسلام بالسلام السلام عليكم  ورحمة الله وبركاته...

Itulah ucapan setiap kali lecturer ambe ingin memulakan pengajarannya, Seorang ustaz lulusan dari  maghribi berjaya menghabiskan Phd beliau kira kira setahun yg lepas.
Ismu hu Al fadhil Dr.Ahmad Wifaq Bin Mokhtar, pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang- undang Usim.

Seorang lecturer yang zuhud walaupun bergelar doctor,

Tetibanya bercerita pasal lecturer, huhhu, tak pe ah apa yg ingin dikongsikan disini ialah ketika lecturer ambe ini sedang mengajar beliau mengatakan kepada pelajar pelajar tidak dapat tidak kepada antum semua sebagai pelajar yg mengambil jurusan agama sepatutnya mengetahui banyak kitab2 fikh terutama kitab fiqh turath.

Apa yg beliau kecewakan ialah ramai diantara pelajar  walaupun sudah tahun 3 di sini tetapi masih tidak mengetahui kitab2 turath dan fiqh yg lain sedangkan mereka ambil jurusan itu. Mereka hanya mengetahui kitab fiqh manhaji sutir je..huhu….termasuk la aku…….

Org ganu kate “ dop rok cetong’’.

Jadi pesanan ustaz kepada pelajarnya ialah mana mungkin antum nak ambil ilmu nie tapi tak tahu kat mana ilmu ini berada, ketahuilah ilmu ini berada dalam dada para ulama, hendak belajar fiqh tetapi tidak tahu ulama2 yg menulis berpuluh puluh buku dlm bidang ini.

Jadi khulasohnya Ustaz berkata tidak dapat tidak antum semua mesti tahu kitab2 fiqh paling tidak pun tahu nama dan penulis kitab pun dah okay… sebagai permulaan orang kata tak kenal maka tak cinta.

Jadi beliau telah menghabiskan satu slot kuliah beliau selama 2 jam hanya berceritakan tentang nama kitab dan penulisnya. Sangat bermanfaat. 

Walaupun ustaz lebih suka diam daripada bercakap tetapi apabila beliau bercakap semuanya kata2 yg bermanfaat dan point2 penting kepada pelajar2nya termasuk lah ambe. Hehe……… 



أمهات الكتب في الفقه الشافعي

1- الأم للإمام محمد بن إدريس الشافعي ت 204 هـ
2- مختصر المزني للإمام اسماعيل المزني ت 264 هـ
3- الحاوى الكبير للإمام أبي الحسن الماوردى ت 450 هـ
4- المهذب للإمام أبي إسحاق الشيرازي ت 467 هـ
5- نهاية المطلب في دراية المذهب لإمام الحرمين  ت 478 هـ
6 - الوجيز لحجة الاسلام أبي حامد الغزالي ت 505 هـ
7- فتح العزيز شرح الوجيز للامام الرافعي ت 623 هـ
8- روضة الطالبين للامام يحيى بن شرف النووي ت 676 هـ
9- المجموع للامام يحيى بن شرف النووي ت 676 هـ
10- منهاج الطالبين للامام يحيى بن شرف النووي ت 676 هـ

أمهات الكتب في الفقه الحنفي

1- كتب ظاهر الرواية للإمام محمد بن الحسن الشيباني ت 189هـ
2- المبسوط لشمس الأئمة السرخسي ت 483هـ
3- تحفة الفقهاء لعلاء الدين السمرقندي ت 539هـ
4- بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع للإمام الكاساني ت 587هـ
5- الهداية بشرح البداية المرغياني ت 593هـ

أمهات الكتب في الفقه المالكي

1- الموطأ لإمام دار الهجرة مالك بن أنس ت 179هـ
2-  المدونة الكبرى لإمام دار الهجرة مالك بن أنس ت 179هـ
3- الرسالة للإمام ابن أبي زيد القيرواني ت 386هـ
4- الاستذكار لحافظ المغرب ابن عبد البر ت 463هـ
5- البيان والتحصيل لأبي الوليد بن رشد الجد ت 520هـ

أمهات الكتب في الفقه الحنبلي

1- الجامع لعلوم الامام أحمد للإمام أبي بكر الخلال ت 311هـ
2- المختصر في الفقه للإمام الخرقي ت 334هـ
3- المغني للإمام ابن قدامة المقدسي ت 620هـ
4- المحرر في الفقه للإمام مجد الدين ابن تيمية ت 652هـ
5- الشرح الكبير للإمام ابن قدامة المقدسي ت 682هـ

Senarai kitab ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kitab2 yg dipelajari oleh mereka2 yg belajar agama nung jauh di mesir,jordan,madinah dan sebagainya ..huhu..tapi
hanya sekadar perkongsian tak dapat banyak manfaat pun sikit pun jadi la.....uhu

kalau nak download kitab2 boleh link sini


Powered By Blogger
Powered by Blogger.