Hari ni pelbagai cara digunakan oleh setiap dari kita untuk menyampaikan risalah, dengan post di facebook, edit gambar (Ustaz azhar), edit video dan macam macam lagi. Teruskan usaha. seperti kata seorang tuan guru " Kewajipan ke atas seorang pelaku maksiat untuk mencegah maksiat yang berlaku" maknanya walaupun dia seorang pelaku maksiat tetapi masih wajip mencegah maksiat yang berlaku.
Bukanlah untuk mengalakkan melakukan maksiat tetapi ingin memberitahu betapa pentingnya amar maruf dan nahi mungkar.
firman Allah dalam Al Quran: ” Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang menyerah diri (muslimin).” (Surah Fussilat: 33)
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kutatap wajahmu Kan pasti mengalir air mataku Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kukucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah Tak pernah kutatap wajahmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Kami rindu padamu Allahumma Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kudakap dirimu Tiada kata yang dapat aku ucapkan Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami Syafaatkan kami Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku Kerna pancaran ketenanganmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Terimalah kami sebagai umatmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Kurniakanlah syafaatmu
p/s kadang2 orang selalu kata asyik dgr ceramah je, malas aku... nie uslub dakwah dgn lagu iaitu kumpulan raihan, kalau lagu pun tak nak dengar........ ahu ah nak kata ape. huhu ayat ustaz azhar " gei gali lubang ah, duk dalang lubang senang, dop nyusah ke orang, tapi nyusoh jugok sebab orang kena kambus, kalu dop busuk bau".......... Mana ada orang hidup tak nyusah ke orang?, jadi jangan cakap begitu, kita saling memerlukan.
Alhamdulillah,
Pertama2nya marilah kita merafakan rasa syukur kita kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan islam ini dapat kita terus meluncur hidup sehingga hari ini iaitu 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawwal 1433H.
Hari ini ramai yang memperkatakan tentang kelahiran nabi saw, pelbagai program2 diadakan. Forum, ceramah, kuliah dan sebagainya semata-mata untuk mengajak manusia umat ini untuk mengenali Nabi Muhammad SAW dan mencari keredhaan ilahi.
Pelbagai dilakukan oleh umat ini untuk menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW, dengan facebooknya, dengan menghantar SMS kepada sahabat2nya dan macam2 lagi. Alhamdulillah moga2 segala usaha yang dilakukan itu mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT. Mudah2an segala perbuatan ini sikit sebanyak menunjukkan umat ini mengambil berat tentang kelahiran seorang manusia agung.
Kalau bercakap tentang tarikh kelahiran nabi saw, terdapat banyak perbezaan ulama tentang tarikhnya. Dan suatu perkara yg kita perlu ingat ialah kewafatan Nabi saw juga pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabiulawwal. Kita sekarang menyambut kelahiran atau kewafatan Nabi saw?. Biarkan persoalan itu tinggal persoalan cuma di sini kita ingin menghiglightkan betapa pentingnya memahami dan membaca sirah Nabi saw.
Sekarang zaman IT , klik sahaja dah boleh tahu segala2nya. Peluang dan ruang yang ada ini marilah kita mendengar sedikit atau banyak dari kuliah seorang ustaz yang boleh aku katakan seorang ulama muda yang alim dan wara iaitu Ustaz Rashidy Jamil, mula mendengar kuliah beliau iaitu ketika di Masjid Nilai. Seorang yang tawadhu dan wataknya seperti gurunya iaitu Al-fadhil Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ada pernah mendengar satu kata2 " Ambillah akhlak gurumu sebelum kamu mengambil ilmunya".........
Tidak mahu menulis banyak mengenai sirah kerana bukanlah aku orang yang sangat suka membaca...hehe... cuma adalah mendengar sikit kisah nabi saw ketika lahirnya baginda yang membawa rahmat kepada orang yang disekeliling baginda. Banyak kisahnya yang ditulis oleh ulama2 dalam kitab2 sirah dan buku yang terkini yang ada sudah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu seperti buku Syamail Muhammadiah karangan imam At-tirmizi di mana beliau mengumpulkan hadis2 yang bercerita tentang perihal Nabi SAW.
p/s : sudah lama tak menulis, rasa malas menyelubungi diri ini. Jadi jangan menebeng ngat start2 nie sikit doh. huhu..
FENOMENA USTAZ AZHAR IDRUS - TOKOH ANAK MUDA......
pesanan terakhir marilah kita berselawat ke atas Nabi SAW. sepertimana kita selalu dengar siapa yang berselawat ke atas Nabi sekali selawat, Allah akan berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال محمد
Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi...
jam malaysia
About Me
mushi kerok
Nama syafiq,
Dilahirkan di kg gong tok nasek
Disambut oleh nurse kampung..
Teruskan kehidupan spt insan biasa yg lain.
bersekolah di besut skpl kemudian sk marang, sm agama marang last skali smaasza.....
SIIRU ALA BARAKATILLAH....
Jadikan tulisan anda sebagai saham di akhirat nanti....