اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Powered By Blogger

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL..... NABI MUHAMMAD S.A.W THE IDOL.

Alhamdulillah,
Pertama2nya marilah kita merafakan rasa syukur kita kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan islam ini dapat kita terus meluncur hidup sehingga hari ini iaitu 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawwal 1433H.


Hari ini ramai yang memperkatakan tentang kelahiran nabi saw, pelbagai program2 diadakan. Forum, ceramah, kuliah dan sebagainya semata-mata untuk mengajak manusia umat ini untuk mengenali Nabi Muhammad SAW dan mencari keredhaan ilahi.

Teringat jika di zaman sekolah dulu, setiap kali Maulidur Rasul mesti ada perarakan di stadium, ramai2 berarak untuk menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW. seperti ini........ curi gambar dari blog ni http://nadifotografi.blogspot.com/2011/02/smaasza-johan-perarakan-maulidurrasul.html harap halal ye.
 Pelbagai dilakukan oleh umat ini untuk menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW, dengan facebooknya, dengan menghantar SMS kepada sahabat2nya dan macam2 lagi. Alhamdulillah moga2 segala usaha yang dilakukan itu mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT. Mudah2an segala perbuatan ini sikit sebanyak menunjukkan umat ini mengambil berat tentang kelahiran seorang manusia agung.

Kalau bercakap tentang tarikh kelahiran nabi saw, terdapat banyak perbezaan ulama tentang tarikhnya. Dan suatu perkara yg kita perlu ingat ialah kewafatan Nabi saw juga pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabiulawwal. Kita sekarang menyambut kelahiran atau kewafatan Nabi saw?. Biarkan persoalan itu tinggal persoalan cuma di sini kita ingin menghiglightkan betapa pentingnya memahami dan membaca sirah Nabi saw.

Sekarang zaman IT , klik sahaja dah boleh tahu segala2nya. Peluang dan ruang yang ada ini marilah kita mendengar sedikit atau banyak dari kuliah seorang ustaz  yang boleh aku katakan seorang ulama muda yang alim dan wara iaitu Ustaz Rashidy Jamil, mula mendengar kuliah beliau iaitu ketika di Masjid Nilai. Seorang yang tawadhu dan wataknya seperti gurunya iaitu Al-fadhil Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ada pernah mendengar satu kata2 " Ambillah akhlak gurumu sebelum kamu mengambil ilmunya".........


Tidak mahu menulis banyak mengenai sirah kerana bukanlah aku orang yang sangat suka membaca...hehe... cuma adalah mendengar sikit kisah nabi saw ketika lahirnya baginda yang membawa rahmat kepada orang yang disekeliling baginda. Banyak kisahnya yang ditulis oleh ulama2 dalam kitab2 sirah dan buku yang terkini yang ada sudah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu seperti buku Syamail Muhammadiah karangan imam At-tirmizi di mana beliau mengumpulkan hadis2 yang bercerita tentang perihal Nabi SAW.

p/s : sudah lama tak menulis, rasa malas menyelubungi diri ini. Jadi jangan menebeng ngat start2 nie sikit doh. huhu..
FENOMENA USTAZ AZHAR IDRUS - TOKOH ANAK MUDA......

pesanan terakhir marilah kita berselawat ke atas Nabi SAW. sepertimana kita selalu dengar siapa yang berselawat ke atas Nabi sekali selawat, Allah akan berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال محمد

0 kata2 @ ucapan. syukran:


Powered By Blogger
Powered by Blogger.