اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Sunday, December 5, 2010

Penyiksaan di zaman nabi

Puak Quraisy begitu melampau dan bersangatan menentang RasuluLlah dan sahabat-sahabatnya. Antara apa yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru bin A1’As: “Ketika Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam bersembahyang di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahunya sambil menolaknya dan RasuluLlah dan berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Tuhanku ialah Allah.”

Satu lagi apa yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar: “Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan melempar ke atas belakang RasuluLlah, menyebabkan RasuluLlah tidak mengangkat kepalanya dan sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah radiyallahu‘anha membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada ‘Ali siapa yang melakukan demikian.

Di ketika yang lain pula Baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai kejian dan maki-hamun ketika berjalan di tengah-tengah mereka dan diketika melalui di hadapan kelab-kelab mereka.

Sahabat-sahabat RasuluLlah ridhwanuLlahi ‘alaihim ajma’in telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta dan cacat anggota dan sebagainya.

 Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah. Dalam soal ini kiranya hendak kita memperkatakan secara mendalam mungkin tidak sempat, memadailah Setakat membawa apa yang telah diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat: “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah.

Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?” Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

“Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah

- Muhammad Said Ramadhan Al-Buti - Fiqh Sirah

Reactions:

0 kata2 @ ucapan. syukran:

Powered by Blogger.