اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Powered By Blogger

Tuesday, October 13, 2009

Pesanan Habib Ali Al-Jufri



“ Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda s.a.w. Janganlah engkau lihat kepada perkara yang haram.

      Telingamu hidupkannya dengan kehidupan telinga Baginda s.a.w. Janganlah mendengar kepada perkara yang haram……………

      Janganlah engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah.

      Jikalau nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang Baginda laranginya

      Sabdanya: “ Orang yang memutuskan silaturrahim dilaknati walaupun dia meninggal dunia di tengah-tengah Kaabah”.

      Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak sanggup makan sesuap benda halal walaupun ianya seluruh dunia ini

      Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal. Nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu yang hidup dengan Rasulullah dengan maki hamun ataupun sikap benci membenci walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu

      Jikalau nabi itu hidup pada hatimu, masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah Taala.

       Pohonlah perkara yang sebegini dan hidupkanlah dengannya rumahtanggamu bersama sunnah Rasulullah.

Hidupkan masjid-masjidmu dengan membaca Kalam Allah.
Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab Rasulullah.
Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab serta hokum-hakam Rasulullah

Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata : Pasar orang-orang islam seperti tempat solat mereka yang bersolat iaitu hidup dengan zikir, ibadah dan muamalah bersama Allah.

Hidupkan pengertian sebegini, nescaya engkau hidup dengan kehidupan yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya

Sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya dalam alam barzakhmu. Kemudian di hari kiamat bersama Nabi Muhammad kemudian di syurga firdaus yang tertinggi. Moga2 Allah menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.

Dipetik dari video “riwayat hidup Rasulullah”

1 kata2 @ ucapan. syukran:

Assalamualaikum
Sy mohon share tuan


Powered By Blogger
Powered by Blogger.