اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Friday, September 24, 2010

Satu gereja masuk islam...........

Salam aidilfitri…..
Setelah sebulan kita berada dalam university Ramadhan, ditarbiyah sepenuhnya di university ini bagi menghadapi 11 bulan lagi sebelum memasuki Universiti Tarbiyah itu semula……..

Hari ini melihat satu video khutbah oleh Ustaz Abdullah Khairi yg menyampaikan khutbah, beliau ialah seorang pakar motivasi……….




Satu khutbah yg boleh dikatakan beginilah sepatutnya khutbah yg harus dilakukan di setiap masjid, bersuara lantang,tegas, sedikit menyentap hati………

Bagiku walaupun khutbahnya begitu keras tapi inilah yang sepatutnya…… kerana apa?
Sebabnya ialah dalam seminggu kita lagha dengan dunia kemudian datang untuk solat jumaat kemudian mendengar khutbah sebegini yg sedikit menyentap hati….insyaallah akan tersentuh hati…….dan sedikit keinsafan itu akan timbul……………

Sedikit intipati dari khutbah beliau ialah dimana beliau menceritakan perihal sahabatnya yg belajar di luar Negara. Di sana sahabatnya berkawan dengan  seorang kristian, si kristian ini menjadi kawan baik beliau, sangat rapat, pergi ke mana2 pun bersama sama. 

Tapi dalam masa yg sama beliau berusaha untuk menarik si kristian ini memeluk islam dan si kristian ini pun berusaha untuk menariknya masuk kristian.
Nak dijadikan cerita si kristian ini mengajak kawannya ini untuk menemaninya ke gereja, atas dasar ingin mengambil hati kawannya dia pun setuju untuk menemani si kristian ini. Sampai di gereja, mereka melihat penuh orang di dalamnya dan mencari cari tempat duduk kemudian Nampak di hujung belakang ada kosong, kemudian mereka masuk dan duduk bersama-sama.

Kemudian si paderi pun naik ke atas mimbar untuk bersyarah kemudian si paderi itu berkata saya takkan memulakan syarahan sehingga ada seseorang itu keluar. Si paderi berkata sekali lagi sya takkan memulakan syarahan sehingga seorang islam keluar dari dewan ini.

Si islam nie pun tanya kawan kristiannya samada nak keluar atau duduk sahaja kat situ. Si kristian nie kata duduk je. Kemudian si paderi pun pergi menuju ke lelaki ni dan berkata kamu ini islam kamu tak layak duduk dalam dewan ini, keluar.

Lepas itu, si islam ini kata saya tak nak keluar. Paderi pun kata baiklah boleh duduk tapi dengan syarat dapat jawab semua soalan saya. Si islam tu pun setuju. Setelah itu diberikan soalan dan si islam itu dapat menjawab semua soalan itu. Si paderi pun berkata kamu boleh duduk dalam dewan ini, kemudian si islam tu pula berkata saya boleh duduk di sini tapi dengan syarat saya nak Tanya satu soalan.

Si paderi pun tanya apa soalannya?. Si islam tu berkata saya nak tanya apa kunci pintu syurga?. Si paderi pun tak nak menjawabnya, kemudian orang ramai berkata kamu mesti jawab soalannya. Si paderi itu berkata kalau saya jawab soalan itu kamu akan memarahi saya. Kemudian setelah didesak dia pun menjawab ;
Dia berkata….KUNci pintu Syurga ialah……….LA iiLa ha ILL Allah muhammadur rasulullah……..

Orang ramai pun berkata mengapa kamu berkata begitu. Si paderi pun menjawab dalam hadis menyebut siapa yang menyebut La ila Ha ilLa Allah masuk syurga. Jadi aku dah rancang bila aku nak  mati aku nak sebut kalimah ini dan nak masuk syurga.
Kemudian orang ramai dalam gereja tu berkata kami pun nak masuk syurga jadi kami pun nak sebut kalimah itu. Jadi satu gereja masuk islam
Ya allah hebatnyalah kuasa Allah……teringat satu surah iaitu surah an nashr :


1.  Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2.  Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3.  Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat.

Disana ramai yg memeluk islam…………..persoalannya kita yang dah Islam nie macam mana yup?? 

Reactions:

0 kata2 @ ucapan. syukran:

Powered by Blogger.