اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Selamat Datang ke Blog ini....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.".

Pray For Syria

"Doa senjata Mukmin....".

Astaghfirullah....

Ya Allah Ampunkan Dosa Kami...........

Say NO to COUPLE...

JAGA KALAM. Jangan Menghina ULAMA

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati.

Powered By Blogger

Thursday, July 15, 2010

MURTAD KERANA CINTA

Oleh : miza
Tarikh : 1/26/2006 11:32:51 AM,
MURTAD KERANA CINTA...ADAKAH MAHKAMAH NEGERA KITA ADIL?
Subject: FW: Murtad Kerana Cinta.....Astagfirullah!........

Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.
***********************************************
Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku
berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abangnak..... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya ."Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari ku bisikkan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya.Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibuapabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum.Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanitaterpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteriRasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami.Takdir Allahs.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentu hati orang lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengah hari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlag dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke AmerikaSyarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangani segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar walaupun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengah hari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh di rantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratny menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutupdengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banya fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongny memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Aman memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.
Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak perna melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siap pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan dem pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintaiAdam.....pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa, "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Aimataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Aman menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.

Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan
suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air
matanya gugur.

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, menggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.

"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!”.Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta- ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku, Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkanoleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyaklagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela di tanah air kita.....Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI...........apapun kita semua yang bertanggung jawab memilih pemerintah negara jadi fikirkanlah...

Berhati-hatilah wahai pemuda-pemudi Islam yang mempunyai kekasih di kalangan orang-orang yang bukan Islam.Janganlah sesekali menjadi macam cerita di atas. Kalau cinta sangat pun bawalah mereka masuk ke dalam agama Islam dahulu sebelum berkahwin.Fikirkanlah....Untuk lebih selamat carilah kekasih di kalangan orang-orang Islam. Apakah sudah tidak ada orang Islam??? Memang orang kata cinta tidak kenal siapa tapi SEMUA datang dari hati kita sendiri....

Wednesday, July 14, 2010

Yang sunat dibuat , yang wajib ditinggal


        Hari ini kita melihat umat islam terlalu leka dengan dunia. Sesuai dengan perkataan insan yang berasal dari kata naasi iaitu lupa. Jadi ubat kpd lupa ialah ingat. Jadi manusia perlu diberi peringatan. Peringatan ialah sesuatu benda yang sudah tahu kita cuma mengingatkannya kembali supaya tidak lupa.


Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu beri manfaat kepada orang mukmin.

Kini teralu banyak perkara ganjil yang dibuat oleh mereka yang mengaku beragama islam. Kadang kadang ada juga yang pelik dan ada juga yang lucu apbila melihat telatah mereka mereka ini. Contoh yang senang kita boleh melihatnya ialah pembaca berita wanita di tv yang tidak menutup aurat tetapi apabila memulakan berita dengan ucapan salam “assalamualaikum salam satu Malaysia”…

        Memberi salam itu sunat, menutup aurat itu wajib. Yang sunat dibuat yang wajib ditinggal. Ajaran siapa ini?. Sibuk dengan perkara perkara sunat tetapi meninggalkan yang wajib. Teringat satu cerita yang diceritakan oleh lecture aku iaitu ketika dia bekerja di sebuah pejabat di kuala lumpur iaitu wanita wanita yang bekerja disana, gaya mereka apabila datang ke office berpakaiaan seksi, berskirt tetapi membawa satu beg yang diisi kain sembahyang. Apa yang mereka fikir iaitu jangan lihat zahir lihat niat, kalau niat baik buat jahat dari segi zahir pun tak apa.

        Berpegang kepada peribahasa inggeris iaitu “ don’t judge the book by look the cover” bermaksud jangan menghukum sesuatu perkara dengan hanya melihat kulitnya atau luarannya. Maknanya niat itu lah segala galanya, buat jahat tapi niat baik itu tak apa. Siapa yang mengajar ajaran begini? Matlamat tidak menghalalkan cara. Niat untuk sara hidup dan tolong ibu bapa tapi dengan jalan melacurkan diri adakan ini halal?.

        Aurat itu wajib dijaga tidak kira lelaki atau perempuan. Teringat satu kisah ketika aku berjalan jalan di asrama terserempak dengan lelaki yang hanya berboxer ke hulu ke hilir tetapi yang bagusnya bila bertembung memberi salam kepada ku. Hhhuu.. waro sungguh lelaki itu. Memanglah waro lepasan maahad,lepasan stam.mengapa adakah tidak tahu soal hokum menutup aurat? Belajar berbiji biji kitab semasa STAM dahulu takkan soal aurat yang paling asas tidak tahu.

        Ingat apa yang kamu pelajari itu akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Sekian harap maklum.



Tuesday, July 6, 2010

6 PERTANYAAN IMAM GHAZALI KEPADA MURIDNYA



1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
  6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.
Surah Al 'Imran ayat 185:  Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya  pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.
Surah al-A'raf ayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

USAHLAH BIMBANG JIKA DIRI ANDA
TIDAK DIHARGAI
AKAN TETAPI ANDA PERLU BIMBANG JIKA DIRI ANDA
TIDAK BERHARGA LAGI

Monday, July 5, 2010

Islam Semakin Terfitnah


ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?

Adakah betul? Saya pun tak pasti. Kenapa fitnah? Islam itu fitnah ke atau kita yang memfitnah islam? Apa sebenarnya?. Setelah lama berfikir, teringat filem fitna.Macam filem fitna pulak. Bagaimana Islam boleh terfitnah? Ya, Islam semakin terfitnah.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
"Tahukah kamu apa itu menfitnah?" Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"

Baginda bersabda:
"Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat".
(Riwayat Muslim)

Bukan Islam itu fitnah tetapi kita yang telah memfitnahkan islam. Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga Islam dipandang serong. Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara atau sesuatu yang membuka jalan kearah itu. Apa dia?


MEMFITNAH ISLAM! 

Bahayanya fitnah akhir zaman. Fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah. Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliah yang bahawa mereka keluar 'berdating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik! Itu yang dimaksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah.

Pengalaman saya..

Seperti biasa la, saya tidak percaya kalau saya tidak alami atau tengok dengan mata sendiri. Bila menjejak kaki ke UIA baru saya lihat bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita. Malah, saya akui kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Bila saya keluar MAAHAD baru saya nampak betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari. Mana tidaknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama. Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara.

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional. Kenapa? Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar universiti mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika nombor satu seorang profesional yang perlu dijaga.

Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini.. Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari.Tidak hairan la seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah. Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka.
"TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM DAN ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?'

Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHITAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?
"TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA. SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?! SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN! KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH! KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR! KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA.. SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI.. BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA, SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!"

Namun ingatlah. Islam itu jelas. Jalan yang ditunjuk Allah itu jelas dan syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dalam keadaan tertentu;
  •  KERJA
  •  MUAMALAT
  •  KECEMASAN
Jika perkara ini tak terjaga maka akan timbulnya pelbagai bahaya. Paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan terutama perempuan. Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat perlu dihindari. Sesungguhnya, panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan. Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara. Cara tak boleh melanggari batas syariat. Syariat sentiasa perlu dipertahankan. Kerana zaman ini zaman fitnah. Pertahankan lah syariat agar kita terselamat dari fitnah dunia.

www.iluvislam.com

Friday, July 2, 2010

Amma Baa'du....Fa yaa eiibaa dallah......




Di antara sifat orang-orang yang beriman dan mendapat petunjuk daripada al-Quran ialah percaya kepada perkara-perkara ghaib. Firman Allah dari Surah al-Baqarah Ayat 2 yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami kurniakan kepada mereka."

Muslimin sidang Jumaat sekalian!

Di antara perkara ghaib yang wajib ke atas setiap orang yang beriman yakin dan percaya kepadanya ialah adanya dosa dan pahala yang dijanjikan oleh Allah. Kita juga sudah maklum bahawa pahala ialah ganjaran daripada Allah bagi setiap muslim yang patuh kepada perintah-Nya dengan melakukannya menurut cara yang telah diperintahnya dan ditentukan oleh Allah secara ikhlas.

Dosa pula akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah Allah termasuk       melakukan perintah Allah tidak mengikut cara yang telah ditetapkan olehnya. Maka setiap orang yang beriman hendaklah melakukan ibadat dan semua suruhan Allah dengan ikhlas di samping menjaga tata tertib yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam dan meninggalkan segala larangannya. Semuanya hendaklah dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Muslimin sekalian!

Akhir-akhir ini ada usaha untuk memesongkan aqidah umat Islam dengan cara halus dan membahayakan apabila terdengar suara-suara yang mengajak umat Islam agar tidak lagi menghiraukan dosa dan pahala. Kata mereka:
         "Jika berbuat kebajikan, belum pasti dapat pahala." Kata mereka lagi: "Jangan
merasuah umat Islam dengan pahala." Sedangkan pahala yang disebut itu memang sudah dijanjikan oleh Allah di dalam al-Quran dan oleh Rasulullah S.A.W. Allah menjanjikan pahala kepada sesiapa yang taat kepadanya sebagaimana firman-Nya dari Surah al-Maidah Ayat 9 yang bermaksud: "Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa bagi mereka keampunan dan pahala yang besar."

Oleh itu, yang mendorong kita mengerjakan sembahyang fardhu secara berjemaah, adalah kerana yakin dengan pahala 27 kali ganda berbanding dengan sembahyang seorang diri sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita.

Yang mendorong kita menafkahkan harta dan kekayaan pada jalan Allah adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah kerana janji Allah di dalam al-Quran dari Surah al-Baqarah Ayat 261 yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya ada seratus biji dan     (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang  dikehendakinya, dan Allah amat luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya."

Kemudian, yang mendorong kita berjihad menegakkan agama Allah dan syariatnya agar tegak memerintah dan mentadbir bumi ini dengan keadilan dan keamanan, adalah untuk mendapat ganjaran yang tidak terkira daripada Allah sebagaimana firman-Nya di dalam al-Quran dari Surah As-Saff Ayat 10-12 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada seksaan
yang pedih (dalam neraka)?

Iaitu (dengan) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Itulah yang paling baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Nescaya dia (Allah) mengampuni dosa-dosa  kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah kemenangan yang besar."

Muslimin sekalian,

Di antara banyak janji pahala yang datang daripada Allah dan Rasulnya seperti janji pahala daripada ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain, yang paling tidak disenangi oleh sesetengah mereka yang tidak faham Islam dan perjuangan Islam ialah janji pahala bagi orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. 

Kita sebagai orang-orang Islam perlu menyedari bahawa sebesar-besar perjuangan di atas muka bumi ini ialah perjuangan mengembangkan
agama Allah, iaitu Islam, supaya ianya tegak memerintah dan semua manusia tunduk di bawah kekuasaannya. Ia adalah satu cabang jihad, dan cabang inilah yang besar sekali ganjarannya.

Sejarah Islam bermula daripada sejarah para Rasul dan sahabat yang penuh dengan kisah pertentangan dakwah Islam dengan pemerintah dan kuasa kerajaan jahiliyah, kufur dan mengaku berkuasa seperti tuhan.

Nabi Ibrahim a.s. berhadapan dengan Raja Namrud, Nabi Musa berhadapan dengan Raja
Firaun dan nabi kita Muhammad S.A.W. berhadapan dengan pemimpin-pemimpin jahiliyah Makkah. Bukan sahaja Rasul-rasul tersebut menyeru umat mereka menyembah Allah dan beribadat hanya kepadanya, raja-raja dan pemerintah pada masa itu juga diajak tunduk kepada peraturan Allah.

Akibatnya Nabi Ibrahim dibakar di dalam api yang bernyala, Nabi Musa dan kaumnya
lari meninggalkan negeri Mesir yang diperintah oleh Firaun dan Nabi Muhammad S.A.W. terpaksa berhijrah meninggalkan negeri Makkah menuju ke Madinah.

Sebenarnya ajaran Islam terkandung di dalam kalimah "Lailahaillallah" (tidak ada Tuhan melainkan Allah), di dalam erti kata yang sebenarnya: bererti tunduk dan patuh hanya kepada Allah. 

Oleh itu, apabila kalimah "Lailahaillallah" dibaca oleh Rasulullah S.A.W. kepada seorang Arab Badwi yang fasih berbahasa Arab dan mengetahui selok belok maksudnya, telah berkata kepada Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud: "Ini satu kalimah yang tidak disenangi oleh
sekalian raja-raja, engkau akan diperangi oleh bangsa Arab dan bukan Arab."

Muslimin sekalian!

Oleh itu mereka yang tidak suka kepada perkembangan Islam, dan tidak suka Islam diamalkan secara menyeluruh, telah menyelar orang-orang yang mahu mengajak umat Islam kembali semula kepada ajaran Islam di dalam erti kata yang sebenar. 

Berbagai tekanan dan halangan serta tindakan undang-undang dilakukan untuk menghalang perkembangan dakwah Islam, namun perjuangan Islam terus maju ke hadapan dan tetap ada orang-orang yang   memperjuangkannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. dari Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud: "Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang tetap berada di atas kebenaran. Mereka tidak berjaya dihalang oleh orang-orang yang menentang mereka, sehingga datang hukuman daripada Allah."

Semakin ditekan, perjuangan Islam semakin subur. Semakin dihalang, pejuang Islam semakin yakin kepada janji pahala dan ganjaran syurga. Maka usaha seterusnya daripada mereka yang tidak suka kepada perjuangan Islam ialah menghalang umat Islam daripada menyebut pahala dan janji Allah, kerana makin dibicarakan tentang pahala, makin bersemangat orang-orang yang mahu kepada Islam. 

Oleh itu, mereka yang cuba menyekat kesedaran Islam, menaruh     harapan, bahawa dengan menghalang daripada dibincangkan tentang pahala, nanti akan menyebabkan umat Islam malas untuk beramal dengan ajaran Islam, termasuklah pahala besar yang dijanjikan bagi sesiapa yang berjihad memperjuangkan Islam. Seterusnya dapat menanam benih-benih keraguan tentang satu perkara ghaib yang mampu mengembalikan semangat dan keyakinan di dalam hati umat Islam iaitu percaya kepada adanya dosa dan        pahala, yang membawa kepada percaya adanya syurga dan neraka.

Marilah kita membenarkan semua janji Allah dan Rasulnya termasuklah janji pahala dan syurga, kita lebih yakin dan bersemangat serta beristiqamah berpegang dengan ajaran Islam.

Firman Allah dari Surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan sebesar zarah yang halus daripada kebajikan, nescaya akan dilihatnya (pada hari akhirat), dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah yang halus daripada kejahatan nescaya akan dilihatnya juga (pada hari akhirat)."


Powered By Blogger
Powered by Blogger.