اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Selamat Datang ke Blog ini....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.".

Pray For Syria

"Doa senjata Mukmin....".

Astaghfirullah....

Ya Allah Ampunkan Dosa Kami...........

Say NO to COUPLE...

JAGA KALAM. Jangan Menghina ULAMA

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati.

Powered By Blogger

Monday, February 22, 2010

Mengenang 61-tahun Syahid Hasan al-Banna-al fatihah



Kelahiran Imam Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Ahmad Abdurrahman Al-Banna lahir pada Ahad, 25 Sya’ban 1324 Hijriah, yang bertepatan dengan 14 Oktober 1906 di daerah Dhuha di Mahmudiyah, sebuah kawasan dekat Iskandariyah, tepatnya di kota Buhairah, Mesir. 


Beliau adalah anak sulung dari kedua orang tua yang berkebangsaan Mesir, tepatnya dari daerah Syamsirah Bindarfuh di wilayah Mudiriah Barat dahulu, atau yang sekarang dikenal dengan Kota Kafr Asy-Syaikh.

Beliau adalah anak sulung dari Syaikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna yang terkenal dengan gelar As-Sa’atiy, lantaran profesinya sebagai tukang reparasi jam. Syaikh Ahmad adalah seorang ulama hadits, beliau menyusun sanad-sanad Imam Empat (dalam bidang hadits) menurut urutan bab-bab Fiqh. 


Beliau memiliki sejumlah karya dalam bidang hadits, diantaranya adalah “Badai” Al-Minan fi Jam’I wa Tartib Musnad Asy-Syafi’I wa As-Sunan” dan beliau juga memberi komentar atas Musnad Imam Ahmad bin Hambal yang diberi nama “Syarh Bulugh Al-Amani min Asrar Al-Fath Ar-Rabani”. Beliau mengakui dirinya termasuk murid dari Imam Muhammad Abduh.

Ibunda Imam Al-Banna adalah seorang perempuan terhormat bernama Ummu Sa’ad Ibrahim Shaqar. Ayahandanya adalah seorang pedagang binatang ternak di Desa Syamsirah, termasuk wilayah Mahmudiyah, di tepi kedua sungai Nil, desa yang sama dengan tempat tinggal ayah Imam Al-Banna.


Ibunya adalah seorang wanita yang cerdas, pemimpin, punya wawasan tentang masa depan. Di sisi lain, ibunya juga mempunyai sifat yang sangat dominan, yaitu keras kepala. Jika ia mengambil suatu keputusan, maka susah baginya untuk menarik kembali keputusan itu. 

Sifat inilah yang menurun kepada– Imam Al-Banna – anak sulungnya, begitu pula dengan kerupawanan wajahnya. Namun, sifat keras kepala ini kemudian menjelma menjadi sifat keras lainnya, yaitu keras kemauan dan bertekad baja, dan sifat ini hanya menurun kepadanya dan saudara kandungnya, Abdul Basith rahimahullah.

Sedangkan saudara-saudara Hasan Al-Banna, yang pertama adalah Abdurrahman, pendiri kelompok Al-Hadharah Al-Islamiyah di Kairo, yang bergabung dengan Al-Ikhwan ketika Imam Hasan Al-Banna pindah ke Kairo dan ia menjadi salah seorang anggota Ikhwan yang menonjol. Kedua, Fatimah (istri Al-Ustadz Abdul Hakim ‘Abidin). 


Ketiga, Muhammad yang wafat di bulan Maret 1990 M atau bulan Sya’ban 1410 Hijriah. Keempat, Abdul Basith, ia adalah seorang polisi yang setia menemani Imam Hasan Al-Banna sebelum terjadinya pembunuhan. Kelima, Zainab yang sampai wafatnya masih dalam keadaan perawan. 


Keenam, Al-Ustadz Ahmad Jamaluddin (ia adalah seorang penulis dan pengarang buku yang terkenal dengan nama Jamal Al-Banna). Ketujuh, Fauziah (istri Al-Ustadz Abdul Karim Manshur, seorang pengacara yang menemani Imam Hasan Al-Banna di malam syahidnya hingga peluru-peluru yang mematikan menembusnya).



Pada 12 Feb 2010 lalu, genap 61 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna,seorang ulamak Dakwah dari Mesir yang mengasaskan gerakan IkhwanMuslimin pada tahun 1928. Penjajah Britishdan Raja Faruk menyangka dengan menembaknya mati di Jalan Ramses,Kaherah pada petang itu akan mematikan dakwah beliau dan British dapatmemantapkan lagi kedudukannya menjajah Mesir. Namun yang berlaku adalahsebaliknya. Raja Faruk meninggal dunia pada 18.3.1965 dan Britishterpaksa meninggalkan Mesir pada 1952, sedang dakwah Ikhwan Musliminterus hidup dan berkembang mekar sehingga ke hari ini ke lebih 100negara di dunia. Yang membunuh telah mati dan pergi, manakala yang dibunuh terus hidup fikrah dan dakwahnya digerakkan oleh generasi demigenerasi.


Fikrah Islam yang dibawa Hasan Al-Banna juga mampu meletakkan semangat bangsa dan cinta tanahair ke landasannya yang sebenar. “Wahai Ikhwan sekelian. 


Sungguh ini merupakan nikmat yang besar dan kegembiraan yang melebihi kata-kata dan keterangan apabila Ikhwan berhimpun dan berkasih sayang di jalan Allah taala, datang dari berbagai negeri, tempat-tempat yang berjauhan, berhimpun di tempat yang satu. 


Bukan ikatan saudara mara, kaum kerabat, keturunan, hubungan perkahwinan, kepentingan kebendaan atau keduniaan yang menghimpunkan mereka. Akan tetapi yang menghimpunkan ialah kasih sayang dijalan Allah, bertemu keranaNya, bekerja untukNya. 


Terimalah khabar gembira wahai Ikhwah Akhawat dimana saya berharap kita termasuk mereka yang menyambut seruan Allah hari dimana Dia menyeru “Dimanakah mereka yang berkasih sayang keranaKu, dimanakah mereka yang saling ziarah menziarah keranaKu, dimanakah mereka yang duduk bersama keranaKu ? Pada hari ini Aku menaungi mereka dengan keagunganKu iaitu hari yang tiada sebarang naungan selain naunganKu”. 


Sungguh kamu telah menerima undangan, segera datang, berhimpun di perhimpunan yang meriah ini, tatkala kita melihat banyak perhimpunan-perhimpunan lain berlaku kemudian ia habis begitu sahaja, diulangi berulang kali namun ia tetap tidak membuahkan apa-apa lantaran berlakunya perpecahan hati dan terdapat perbezaan hawa dan selera. Adapun perhimpunan ini, ia mengesahkan kesatuan hati-hati kamu, pertautan ruh-ruh kamu, keteguhan ikatan kamu. 


Mudah-mudahan Allah menjaga dan menjadikannya ikhlas demi mencari wajah dan keredhaanNya”. [Hasan Al-Banna 11 Zulhijjah 1353H]





Mudah mudahan kita semua mendapat sedikit tempias pemikiran dan sifat hassan al banna....................amin


Powered By Blogger
Powered by Blogger.